October 31, 2011

Dia datang lagi,....

Semalam.....
iye semalam,...
Semalam dia datang lagi dalam mimpi aku.. setelah aku cuba untuk tidak memikirkannya... Tiba-tiba bila tersedar pagi tadi, baru aku teringat yang aku mimpikan dia, padahal aku langsung takde pikir pasal dia...
Sesungguhnya, aku dah cuba buat yang terbaek dengan menerima hakikat yang dia dah buang aku jaoh dari hidup dia.. dan tatkala aku berusaha dan mencuba...tatkala itulah tanpa sebab yang dipinta ia datang menjengah ingatan aku semula...kenapa mesti macam tu??
Seketika aku tersedar dari lamunan yang panjang kerana memikirkan kenangan itu, aku hanya mampu bertanya pada diri.. Rindukah aku pada si dia, Sehinggakan aku terbawa-bawa dalam mimpi?? Sedangkan buat masa ini aku langsung takde pikirkan dia pun... Ataukah,. dia yang mengingati aku saat ini.. Ramai yang bg pendapat yang mungkin dia teringat kat aku...
Hurrmm..mungkin jugakla..xde pape yang mustahilkan bila mengingati insan yang pernah disayangi,...
Bila ramai yang bagi pendapat mungkin dia teringatkan aku...
Aku hanya mampu tersenyum..dalam hati terdetik
*****
"benarkah itu?... andai ianya benar,.. lantas, aku berdoa pada Tuhan semoga sampaikanlah salam rinduku buat insan yang pernah aku Cinta..dan aku sayang... biarpun tatkala ini aku dan dia sudah tidak bersama.. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebaikan, kesenangan dan juga kebahagiaan yang terbaik buatnya.. Semoga dia dapat menjalani kehidupan yang lebih baik kini dan bergembira serta berbahagia hendaknya bersama insan yang tersayang dan mampu membahagiakannya... Insyaallah, doaku akan sentiasa mengiringinya.." ~ Amin
*****
Aku terus berdoa macam tu...
dan,..
secara tak langsung, dengan tindakan yang diluar dugaan aku.. aku capai telefon lama yang mana nombor tu dah lama aku tak guna..aku cuma on kan sekali sekala saje.. jari jemari aku pantas menaip mesej ini:
*****
"Salam, xtaula no. ne awk still gne atau x.Tetba smlm sy termimpikan awk.Sy hrp awk d;m keadaan baik, sihat & bahagia hendaknya dgn apa yg awk lakukan. Doa sy akan sntiasa mengiringi awk.Maaf kiranya msg ne mggu. Askum."
*****
Dengan pantas aku menaip no. phone si dia.. dan dengan pantas keypad 'send' aku tekan.. dan menunggu report samada msg itu delivered atau pun tak...lalu aku tersenyum bila report menyatakan yang msg tu dah 'sent successfully!'... Puas! Lantas aku simpan semula telefon tersebut ke dalam laci...
Tiba2 aku tersedar... yang tindakan tu semua bukan dalam keadaan yang sedar... Aku sendiri tak tau mane dapat kekuatan untuk msg pada dia..sedangkan dah lama aku x msg ke no tersebut... Aku berharap segalanya berada dalam keadaan baik.. Cukuplah hanya seketika mengingati saat itu.... Cukup untuk kisah hari ini... dan lakukan yang terbaek untuk hari esok... Aku tak tahulah samada mimpi itu akan datang lagi atau tidak malam ini... hanya doaku yang akan sentiasa mengiringinya walau dimana pun dia berada....

~ Selamat Malam, kenangan terindahku....~

1 comment:

Tentang Kita said...

masih ader rindu yg tersimpan di kalbu

Anda telah ditag di sini

http://azumylini.blogspot.com/2011/11/kena-tag.html