October 18, 2011

Budak Kene Langgar di China..Kejam!!!

KEJAM!!! dan TAK BERPERIKEMANUSIAAN!!!
Sure pagi ne mesti ramai yang gempar dengan berita utama semalam tentang seorang budak 2 tahun yang telah dilanggar dan dibiarkan selama 7 minit walaupun ramai orang yang lalu lalang disekeliling budak tu.. Walaupun kejadian ne berlaku bukan di negara kita, aku tetap masih tak berpuas hati dengan manusia2 yang tuhan dah bagi akal dan fikiran untuk memikirkan sesuatu yang logik serta waras dengan sifat kemanusiaan dalam diri masing2... even though mereka tu kafir, mereka masih punya rasa belas kasihan terhadap manusia lain... tapi ne tidak!! Seorang kanak2 yang baru berusia 2 tahun (sama ngan anak buah kesayangan aku tu!) yang dibiarkan sebegitu rupa..Tergamak diorang buat macam tu...

Pagi ne masa aku on the way gi keje sambil mendengar dengan isu ne yang diluahkan oleh sesetengah pihak kat Radio Hotfm, membuatkan aku bertambah sebak... Yang pastinya, masing2 ade kesalahan masing2... dalam keadaan dekat pasar, mungkin anak2 yang besar tu rajin sangat nak berjalan bersendirian,..itu tak dapat dinafikan yang mak bapak patut peka dengan anak2 mereka... Tetapi, yang sangat kejam dan hina tu bila ade manusia yang langsung tak berperikemanusiaan yang sanggup buat BODO jer bila nampak budak sekecil itu menahan kesakitan bersendirian kat tengah2 jalan tu... Hiisshh!! kalau ikutkan aku nak sepak terajang jerk orang2 kat situ... (sabar2...) Patutnye diorg yang tak endah kat situ yang patut kne lanyak dan biar je kat situ...!! Maaflah bila berbicara dengan emosi yang sangat bercampur baur ne membuatkan aku sangat2 emo!!

Apepun, Aku harap mak ayah budak tu akan tabah,.. dan kepada mereka yang agak kurang ajar tu, semoga keadilan dapat ditegakkan dan mereka akan dibalas dengan balasan yang setimpal..

Pada korang yang tak tau pasal tu, boleh tengok video yang sangat menyayat hati ne..

2 comments:

azam said...

memang pun......tapi mana mak dia??

kenapa anak dibiar berkeliaran?

Lavender Lassie Roses said...

mungkin mak dia ngah sebok carik sayor kot...huhuhu~ mak dia salah gak, tp nak wat camne budak2 kan..