May 06, 2011

~ Menuju ke Alam Stress ~

Errmm..bila di refer pada subject atas tu udah macam 'Menuju ke Alam Barzakh plak'..huuiisshh.. seram,.. xmo2... yang ne boleh ' Menuju ke Alam Perkahwinan' ..heheh gatai! wakaka~ Erm..xde maknanya istilah 'perkahwinan' untuk aku wat masa ne..

refer to the Above gambar plak~ sure dapat agak yang aku kini sedang menuju ke ambang 'STRESS'!!
Inilah yang aku paling xmo skali setelah lama aku xrasa stress disebabkan hal2 kerja.. Maka inilah masanya sudah kembali.. hisshh! nak xnak aku kne hadapinya dengan cool.. ekekeke cool ker?? nak2 time2 last minutes gini bermacam2 curahan idea2 serta jalan2 penyelesaian yang bernas keluar dan perlu aku amek tindakan...

Bermula hari ini,... bersamaan dengan hari Jumaat bertarikh 6 may 2011..aku teramat sibuk menyiapkan ape2 yang patut untuk persediaan Internal Audit yang bakal dihadapi minggu depan bersamaan tarikh 10, 11 & 12 may 2011.... tambahan plak kalini adalah first time aku dan a few peoples di company ne akan menjalankan internal audit sendiri dan hanya di guide by Mr. Edwin dari ELCO Management.. Dan kalini jugalah aku menjadi Lead Auditor untuk kepertamaan kali ini..adoyai~ manyak dowk keje aku nak kene buaek ne..silap2 ade yg cuti ne aku bawak balik keje kat umah..hohoh
Waaarrghhh!! Tidaaakkkk!!

Dalam tempoh masa ini jugalah aku perlukan kosentrasi untuk kerja aku sahaja... apepun bisne aku akan tetap berjalan dengan berkat pengorbanan masa dan tenaga aku, aku gagahkan jua demi mencapai target tertentu..ngehehehe~

Apa yang pasti,..
Aku xmahu nak pikirkan mende2 yang tak patut aku pikir dan bakal menyemakkan kepala hotak aku dengan semua emosi2 yang tidak tentu halanya,.. yang masih terumbang ambing bak kapal layar ditengah lautan dipukul ombak yang deras serta ribut petir yang melanda... Akan aku gagahkan jua dengan kudrat yang ada melupakan seketika segala2nya yang mampu memberi risiko serta menyebabkan kepala hotak aku ini berada di bawah tahap pengawasan stress melampau... wakakak~

So,..ape lagi.....
Jam udah menunjukkan pukul 1.00pm, maka dengan segala hormatnya ingin dimaklumkan bahawa waktu untuk anda berehat-rehat dan bersenang lenang sudah TAMAT!!
Aku udah mau sambung wat keje ne.. jadi,... (refer to the image below! ngahahaha :P)

~ ADIOS ~

No comments: