January 15, 2011

..ku perlukan-Mu...

Tetiba.... hati aku menjadi sebak dan terkilan...

selepas 1 jam lebih berkaunseling dgn kak yati kat Pantri,... Aku bagai dipanggil2 untuk membuka kembali kisah hidup aku yg dah lama aku tutup rapi... Entahla,... kata2 kak yati membuatkan aku rasa terkilan.. Akukah yang salah kerana tak terus berusaha utk menceritakan hal sebenar apa yang berlaku??.. aku dah penat sebenarnya... penat dengan soal hati dan perasaan.. Aku tak pernah membenci dia.. sungguh,.. aku tak pernah terlintas sekelumit kuman pun utk membenci dia.. hakikatnya aku terlalu sayangkan dia...

Aargghhhh!!! aku sendiri tak faham situasi ne..apa yang aku tahu semuanya dah berlalu..mejadi sejarah yg belum terungkap... haruskah aku yang dipersalahkan atas segala yang terjadi..

~Ya allah,... hanya pada-Mu aku memohon keampunan dan harapan untuk memberikan aku jalan yang terbaik sepanjang hidup yang akan aku tempuhi...Kau berikanlah aku petunjuk apa yang terbaek disisi-Mu ya Allah..buatku... sesungguhnya aku terlalu lemah dalam hal-hal sebegini... Kebahagiaan yang hampir ku kecapi dulu telah musnah.. Namun segalanya yang berlaku adalah kehendak-Mu.. setiap yg buruk itu datangnya dari hamba-Mu ini.. maka, aku bersujud kepada-Mu Ya Allah.. berikanlah aku kepastian dan jalan untuk aku melepaskan segala yang terbuku di hati ini sekian lama... Aku tak mampu untuk menyimpan segala2nya sendirian lagi... Aku memerlukan hadirat-Mu ya allah,.. membimbing dan memberi hadayah kepadaku... supaya aku mampu untuk membuat keputusan yang benar2 terbaik untukku dan juga insan-insan sekelilingku... Ya Allah, yang Maha Penyayang dan Berkuasa atas segala-galanya... Amin ~

No comments: