December 26, 2011

Kejam punya Mat Rempit!!!


For sure pada korang yang menonton Berita di TV3 jam 8.00pm tadi mesti korang tau akan kisah ne.. Adik Iman Adam Raman, yang berumur 8 tahun dan telah terlantar 7 bulan lalu selepas tubuhnya lumpuh akibat menjadi mangsa langgar lari oleh mat rempit yang sangat kejam dan tak berperikemanusiaan pada 2 Mei yang lalu!! Hati aku sangat 'terbakar' bila mendengar istilah 'langgar lari'..nak-nak plak dari mat rempit.. Kalau dah dasar mat rempit la kan, memang takde kesedaran sivik punya orang.. Diorang tu patut dihumbankan je dalam jel kasi duduk sane terus.. Takde langsung belas kasihan.. Apatah lagi untuk kanak-kanak sebesar Iman ini...apa salah mereka diperlakukan sebegitu rupa??





Apabila mendengarkan kisah adik Iman dalam berita tadi, mebuatkan aku sebak apabila diberitahu oleh ibu beliau bahawa adik Iman telah khatam Al-Quran ketika berusia 7 tahun dan bercita-cita menjadi pensyarah selain aktif dalam sukan badminton serta silat, tetapi tindakan mat rempit durjana tu telah memusnahkan masa depan beliau... Bila melihat keadaan adik Iman dalam berita tadi yang terbujur kaku dengan keadaan fizikal yang sudah tidak sempurna membuatkan aku sebak.. Tertanya dalam diri, kemanakah keperimanusiaan mat rempit tu yang dilanggar lari..sekurang-kurangnya kalau di ambil tahu, dan bukan langgar lari, mungkin masih ada peluang untuk diberi kesedaran..tapi sayangnya... kejadiaan ne berlaku bukan pada ahli keluarganya... Aku harap, mat rempit tu tengoklah berita tu dan moga wujud kesedaran dalam diri dia agar tahu kesilapan yang telah dibuat terhadap anak kecil yang mempunyai cita-cita yang besar tu.. Sama-samalah kita berdoa agar Adik Iman Adam akan segera sembuh dan diberikan keajaiban untuk kembali normal dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat satu hari nanti..

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas, bolehlah menghubungi Saudara Mohd Rafzan Bin Raman (Abang kepada Adik Iman Adam) di talian 019-9584579 no akaun maybank : 11301 5257 382. Semoga ALLAH merahmati kalian dan membalas jasa baik kalian....terima kasih

Sumber

1 comment:

Unknown said...

salam kenal dan follow :)

kesian tengok budak ni..