November 10, 2011

Korang,..Aku kene TAG ler!!

Alamak!!!
Aku kne tag lorh,..
Dengan sorang blogger neh kat sini cer tengok..cer tengok...


Adess.. Cer korang nengok tarikh tu..alamak! 1 November oke! aku baru berkesempatan nak reply permainan tag mengetag ne lepas 9 hari..huhuhu.. Sorry yer Cik Azumy.. :) Tapi arini sedaya upaya aku akan me'reply' tag Cik Azumy kiter neh... dan kepada mereka yang akan di tag plak nanti... Selamat Berjaya!!! ngahahaha~ :P

Oke! Sebelum meneruskan Game Tag MenGetag neh...
Yok bace RULES nye dulu kat bawah neh:

  • You must post these rules
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back!
  • No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS "YOU LEGITIMATELY (a.k.a. REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

Oke! Seterusnya adalah...
11 PERKARA TENTANG AKU:

  1. Aku ne anak dan merangkap puteri sulung dalam keluarga yang terdiri daripada 3 beradik dan semuanya puteri2 belaka.. :)
  2. Aku merupakan seorang yang banyak cakap kalau dengan orang yang aku kenal.
  3. Aku suka buat orang ketawa, dan dari situ boleh buat aku bahagia.. :)
  4. Aku bukan kaki make-up 24 jam dan xsuka pakai make-up tebal2 ya amat.. Cukup compact powder, lipstick & Blusher jerk! (Except for the formal event..tu kne make-up ler..huhu)
  5. Aku tak suka sangat tengok tv, dan lebih prefer dengar radio daripada tengok tv tu..
  6. Aku suka makan ape2 je especially makanan kampung dan paling penting tak cerewet bab makan neh.
  7. Aku ne gemar menulis,...kalo ikutkan dah de 2 cerpen dan lebih daripada 5 puisi hasil ilham aku sendiri.
  8. Aku suka sangat dengan mende2 yang cute mute ne..especially Teddy Bear! kat umah jer dah penoh ngan teddy bear..
  9. Masa kat skolah & kampus orang panggey aku 'Emy Pooh' sbb aku giler dengan Winnie the Pooh!
  10. Aku tak suke shopping! dan xsuke teman orang pegi shopping... rimas!!
  11. Aku suka baca buku yang berunsurkan motivasi diri untuk self-improvement!
Oke! Seterusnya adalah...
SOALAN CEPU EMAS DARIPADA CIK AZUMY:

  1. Movie yang paling digemari? - RESIDENT EVIL ~
  2. Perkara yang boleh buat anda marah? - GUNA BARANG AKU TAK MINTAK IZIN ~
  3. Warna kegemaran? - HITAM & PURPLE ~
  4. Aktiviti pada masa lapang? - MAEN2 NGAN ANAK BUAH KESAYANGAN AKU LER ~
  5. Perkara yang paling sedih dalam hidup? - TAK DAPAT MERAIKAN HARI BERSEJARAH BERSAMA INSAN2 TERSAYANG ~
  6. Cita-cita sudah tercapai? - MEMILIKI SEGUKUNG IJAZAH & KETE SENDIRIK ~
  7. Artis pertama yang pernah anda tegur/jumpa/bersalaman? - TAK INGATLAH,.. TOMOK KOT! :p ~
  8. Pernahkah anda curang? - TAK PERNAH OKE!! ~
  9. Pencapaian terbaik anda dalam kerjaya atau pendidikan? - MERAIH ANUGERAH DEKAN MASA SEMESTER AKHIR (PENDIDIKAN) & MENDAPAT PENGALAMAN BERHARGA MENGENAL DUNIA KORPORAT (KERJAYA).. ~
  10. Bila kali terakhir anda menangis?- 2 HARI LEPAS! huhuhu ~
  11. Barang peribadi kesayangan anda? - SEMUA BARANG PERIBADI, ADALAH KESAYANGAN AKU.. ~ :)

Oke! Seterusnya adalah...
SOALAN CEPU EMAS AKU UNTUK KAMOO YANG DI TAG :) :

  1. Drama episod yang paling panjang yang pernah korang tengok?
  2. Kartun yang paling korang suke?
  3. Ape yang korang akan buat bila korang tension?
  4. Korang suka masak tak? Sila nyatakan kenapa.
  5. Perkara yang membuatkan korang tersenyum apabila mengingatkannya?
  6. Orang yang paling korang nak jumpa sangat2?
  7. Ape kesilapan besar yang pernah korang buat dalam hidup?
  8. Bilakah kali terakhir anda menipu?
  9. Apakah yang anda paling takutkan?
  10. Ada tak lagu yang ada kisah tentang kenangan korang? Nyatakan.
  11. Adakah korang berpuas hati dengan kehidupan korang sekarang?
Lastly!...
MEREKA YANG DI TAG :) :

2 comments:

My Name is Mar said...

Dah pernah kena tag dah..

http://musicbrilliant.blogspot.com/2011/10/tag-11-fakta-tentang-aku.html

Nasz said...

kena tag lagi. haha. ini yang ke berapa ntah la.