February 19, 2011

~ Doaku ~

"Ya Allah...
seandainya telah Kau catatkan
dalam perjanjian azaliku
bahawa dia tercipta untukku miliki
dekatkanlah dia padaku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kemesraan di antara hati kami
agar kebahagiaan itu kekal abadi
seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
ke tepian sejahtera dalam syariat cinta-Mu

Tetapi Ya Allah....
kiranya dalam pengharapanku ini
tiada bertemu dengan keredhaan dan ketetapan-Mu
telah tertulis di dalam takdir-Mu
dia bukan untukku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkan kenangan yang pernah hadir dari ingatan
peliharalah diri ini daripada kekecewaan

Ya Allah Yang Maha Pengasih
Ya Allah Yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
ketabahan dalam melontar bayangannya ke dada langit
moga ianya hilang bersama mega jingga dan kelam malam
biar dia rasa damai dan tenteram
tanpa sekelumit gangguan daripada diriku
bertemu bahagia yang lebih baik daripada diriku
jika benar cinta itu sejati, biarlah ia bebas
terbang lantas datang dengan sendirinya
tetapi jika ia pergi dan tidak kunjung lagi
anggaplah cinta ini memang tidak wujud
sejak dari awal lagi

izinkanlah ku himpun carik-carik luka cinta ini
hanya buat-Mu
meski tidak sehebat cinta Adawiyah terhadap-Mu
namun biarlah ianya terus mengharum
seharum setanggi dari syurgawi
semekar kemboja putih dihujung pusara hatiku...."

2 comments:

ishmahbihabie said...

tiba-tiba rasa mata macam masuk pasir..

thanks for the sharing! akan cuba amalkan consistently ;)

Lavender Lassie Roses said...

heheeh.. masuk pasirkah di depan lappy??? manekah datang pasir itu wahai bihaku sayang... :)