February 18, 2011

Maulidur Rasul - 1432H / 2011M



Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H/2011M kepada semua umat muslimin dan muslimat sekalian.. Panjatkanlah doa serta selawat ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W....

Untuk kesekian kalinya..akhirnya pada tahun 1432H/2011M dapat juga aku tunaikan hasrat untuk mrnyambut Majlis Sambutan Maulidur Rasul di masjid kesayangan aku itu.. iaitu Masjid Sultan Abu Bakar... tempat aku mencari ketenangan yang hakiki tatkala aku dilanda kebuntuan.. Di sebabkan kesibukan masa dan keadaan tertentu dah lama aku tak menjejakkan kakiku kat situ.. rindunya aku pada Rumah Allah itu...

Masjid Negeri Johor - Masjid Sultan Abu Bakar

Sebenarnya aku nak pergi dari tahun lepas tapi keadaan tak mengizinkan last minutes.. So, this year aku memang nekad giler2 mau pegi jugak.. Aku tak kiralah kalau sorang pun aku pergi, sorangla... Finally, on that day... memang aku pergi sorang sebab mak xbape nak sihat mau ke sana tambahan plak dia ngah ber'cuti'.. Adik2 aku?? erm.. cuti2 nak ke diorg bangun? xde maknanya la hai... So, pukul 6 pagi aku bangun terus siap2..

Dan,..akhirnya...disinilah aku menjejakkan kakiku untuk kali pertama dalam tahun 1432H/2011M ne.. dan aku mengharapkan agar lebih kerap aku menjejakkan kaki ke sini lagi.. Masa sampai tu, syukur sebab senang je aku dapat park kete.. So, pelan2 aku jalan dengan senyuman sentiasa terukir dibibir menuju ke rumah Allah itu...

Alangkah bahagianya jika mak dapat ikut sama..tapi apakan daya.. Insyaallah jika berkesempatan aku nekad mau bawak mak tahun depan.. Sampainya disana,.. aku terus menuju di tempat 'favourite' aku iaitu di tepi tingkap yang menghadap ke laut.. Subhanallah,.. Alagkah indahnya Rumah Allah ini dengan pemandangan yang indah.. Sesungguhnya aku berbangga kerana kedudukan Rumah Allah ini amat menarik perhatianku...

Ditingkap inilah aku menenangkan hatiku yang tak berapa tenang selalunya sambil mensyukuri nikmat Allah yang terbentang luas itu...

Disinilah aku mengambil tempat dalam majlis tersebut.. Aku tak rasa berseorangan sebab ramai yang ader kat situ.. :)

Nyempat lagi aku snap picture ne masa ketibaan Sultan Johor sambil berselawat.. huhuhu

Ne aku snap gambar masa majlis dah habes dan orang ramai berpusu-pusu menuju ke dewan makan di luar masjid untuk menjamah makanan yang telah disediakan di dalam 'dulang'.. :)
Tapi sayangnya,...
Oleh kerana aku berseorangan maka aku segan nak gi makan..jadi, aku tak dapatla nak merasa nasi dalam dulang tahun ne..huhu.. Insyaallah tahun depan aku mesti dapatkan.. :)

Guess what? Dalam kereta hitan tengah2 tu ialah Anak Sultan Ibrahim yang belajar ketenteraan kat India tu..huhu hensem woo ~ aku sempat amek gambar bila dia dah masuk dalam kete je..

Inilah aku..menghabiskan masa sebelum pulang dengan me'nyenap' gambar2 aku sendiri di dalam dan di luar masjid yang tersergam indah itu..huhuu

No comments: