February 18, 2011

'CINTA'ku....

Seketika itu,..
Sepi mencuit hati..
Hanya suara hujan seakan memanggil..
Mendendangkan lagu syahdu...
ketika ku termenung,merenung jauh gambarmu
sayang....

..masih merenungkah aku pada gambar itu???...
tidak,.. sudah lamaku tinggalkan malah kuelakkan untuk aku merenung apatah lagi memandang sekilas gambar 'CINTA'ku itu... sepertimana yang telah aku nekad...itulah yang telah aku lakukan.. cuma,.. terkadang aku teringatkan detik itu.. detik aku dan 'CINTA' ku... apakah yang aku harus lakukan untuk mententeramkan hati dan jiwa aku yang kini kerap bercelaru memikirkan 'CINTA' ku itu...

Adakah aku kini dihantui dengan bayang-bayang rasa bersalah kerana tidak berusaha mententeramkan hati dan jiwaku ini??
Adakah jauh dilubuk hati aku,aku rindukan 'CINTA' ku kini? Ataukah tatkala ni 'CINTA' ku merindukan diriku di sini??
Adakah hati aku masih mengharapkan 'CINTA' ku yang satu itu bersemi kembali??
Atau adakah ini semua hanyalah permainan perasaanku sendiri...????

Aku buntu..buntu dengan semua persoalan ini sejak 2 menjak ni... dan butiran jernih itu juga terlalu mudah untuk digugurkan tanpa dipinta... Hatiku kini terasa rapuh... Mengapakah disaat ini segalanya datang menerpa..tidak sesekali kupinta.. tiap hari kupanjatkan doa kepada-Nya.. moga dibukakan hatiku untuk cahaya itu.. terus menyinari hatiku.. begitu juga hati2 insan lain termasuklah 'CINTA'ku itu.. aku hanya mempu berdoa atas kesejahteraan, kejayaan dan juga kebahagiaan beliau...


Terkadang ingin sekali aku menanyakan khabarmu 'CINTA'ku.. namun, aku xmampu... xmampu untuk menerima sindiran daripadamu 'CINTA'ku... terkadang hatiku merintih dan kecewa yang amat kerana tidak mampu untuk menjelaskan segala-galanya kepadamu 'CINTA'ku.. Segala-galanya yang telah berlaku dan sesungguhnya semua yang terjadi itu bukanlah pintaku...hakikat sebenar yang terlalu perit untukku tanggung sendirian.. Hanya DIA, keluarga dan teman-teman rapatku yang mengetahui hakikat yang sebenarnya..

Tidak sesekali aku menyalahkanmu wahai 'CINTA'ku... setiap apa yang terjadi juga bukanlah pintaku... aku hanya perlu kau mengetahui kenyataan itu wahai 'CINTA'ku.. kerana hakikatnya teramat perit untuk aku lalui..jadi aku mahu 'CINTA'ku tahu itu semua.. supaya kelak 'CINTA'ku itu tidak terus menyalahkan diriku..

Ketahuilah 'CINTA'ku,...
Aku tak pernah sesekali berpaling darimu,.. apatah lagi terlintas hati untuk menduakanmu.. apa yang telah berlaku bukanlah pintaku,..sesungguhnya jika diberikan peluang..aku sanggup menjunjung Al-Quran, bagi membuktikan bahawa apa yang terjadi bukanlah dari kehendakku.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui hakikatnya... Aku tak mampu lagi berkata-kata, mahupun berdepan dengan 'CINTA'ku.. bukan kerana ego, bukan kerana takut,tapi...aku malu diperlakukan seperti itu 'CINTA'ku.. malu kerana 'CINTA'ku tidak pernah memberi aku sedikit ruang untuk membetulkan keadaan...malahan menganggap akulah punca segalanya.. sedangkan hakikatnya,... aku teramat2 memerlukanmu 'CINTA'ku..untuk menarikku keluar dari dunia khurafat itu...mengharapkan belas kasihanmu 'CINTA'ku untuk memahami diriku...

Hakikatnya,...
Aku tahu bahawa 'CINTA'ku amat-amat terluka...kecewa.. Impian yang 'CINTA'ku bina sendirian untuk kebahagiaanku telah berkubur tanpa dibicara..


Ketahuilah,...
Bahawa sesungguhnya aku tidak menyalahkan 'CINTA'ku atas keputusanmu melepaskan aku.. Aku faham apa yang tersirat di benak hatimu tatkala itu... Namun,.. aku hanya mengharapkan 'CINTA'ku memberi peluang kepadaku untuk menjelaskan hakikat itu... Supaya selepas ini hatiku menjadi lebih tenang dan tenteram dengan segalanya yang kusimpan ini..teramat berat untuk disimpan mahupun dikuburkan...

Bukan niatku untuk meraih simpati 'CINTA'ku... pintaku ini hanyalah untuk menenangkan hati dan jiwaku ini yang kadangkala tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata... Diluar hakikatnya aku kuat,..menepis segala yang aku hadapi..tapi hakikatnya di dalam.. aku mengharapkan 1 ketenangan yang sehingga kini masih menghantuiku...

'CINTA' ku...
Saban hari aku sentiasa memanjatkan doa kepada-Nya,... agar melembutkan dan membukakan hatimu...untuk memberi ruang kepadaku,.. menjelaskan segala-galanya.... Harapanku,...hanyalah ingin menjelaskan kepadamu hakikat yang sebenar..tidak sesekali untuk menagih kasih mu kembali wahai 'CINTA'ku..kerna aku tahu yang 'CINTA'ku amat-amat terluka dengan apa yang telah terjadi..

'CINTA'ku...
Kerana aku terlalu menyayangi dan mencintaimu lah yang menyebabkan hatiku ini tidak tenang dan tenteram..kerana aku terlalu menyayangi dan mencintaimu setulus ikhlas hatiku..aku tidak mahu kau berfikiran yang aku pernah menduakan dirimu sedangkan apa yang terjadi segalanya bukanlah kehendak dan pintaku.. Kini,.. aku hanya mampu memanjatkan doa semoga aku diberi peluang bertemu denganmu dan menjelaskan hakikat itu sebelum aku menghembuskan nafas terakhirku... Jika tidak.... Aku hanya mampu melihat kamu wahai 'CINTA'ku dari atas sana....

2 comments:

Hana Suzana Ramlee said...

Jika kebenaran ini amat pahit tuhan buat diriku....kuatkan la hati ini..agar ia tidak terlalu berselerak tika ia luroh jatuh...kerna...kerapohan ini telah buat diriku lemah untuk mengutip sisanya kelak....

Lavender Lassie Roses said...

Akak lalink.... :(