March 14, 2012

Aku Bermimpi Lagi,...

Oke! Sungguh!
Aku mimpi lagi,..biarpun dah agak lame aku cuba tak memikrkannya,.. Secara tiba-tiba, tanpa diduga, tanpa diminta,... 'ianya' datang lagi bertandang dalam mimpi aku seawal pagi td... Semalam malam aku tak berapa sehat.. atas sebab tekanan kerja yang agak membebankan membuatkan kesihatan aku tak berapa nak ok.. Lepas maghrib je aku makan ubat terus kadam.. Sampai pagi tadi aku terjaga sebab baby tecik nanges.. Oleh kerana awal lagi, aku terus sambong tdo..
Nan dijadikan cerita starting dr mase tu (aku agakla kan..) bermulanya kehadiran 'sipulan' yang amat-amat terkesan dalam hati aku... yes! My-ex.. Ntah dari mane beliau muncul.. membuatkan seketika aku terasa bahagia dengan kehadiran beliau dalam khayalan mimpi itu.. Keadaan itu sungguh berbeza,.. kerana katanya dia telah tau apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum ne.. Serius! aku rase amat-amat bahagia.. dah lame rasanya tak merasai perasaan itu... Tatkala, aku menghayati setiap yang berlaku.......
Aku terjaga... dari mimpi lena yang sangat bahagia itu..lantas airmata aku mengalir bersama hujan yang turun dengan lebatnya subuh tadi.. Hati aku terdetik, "Adakah sidia teringatkan aku, membuatkan aku tiba-tiba mengingatinya?" ...
Mimpi..Mimpi hanyalah mainan tidur.. Ntah apa alamatnye,..kadangkala kita tak mampu menduga.. Tapi perasaan itu..... buat aku terpana seketika... Sejujurnya, aku rindukan rasa bahagia itu...Tapi apakan daya, sehingga kini aku belum masih mampu menerima segala-galanya....
Aku tahu,..Rahmat & PETUNJUK dari ALLAH itu besar kuasa-Nya... dan hanya DIA sahaja yang mengetahui segala yang tersurat mahupun tersirat.. apa yang mampu untuk dibaca dengan mata hati ataupun tidak... Kadangkala, aku tak menduga.. Sedikit demi sedikit ianya datang memberikan aku petunjuk yang ingin mendekatkan aku padanya...Tapi hakikatnya terlalu jauh.. Aku juga tau sidia sudah bertukar tempat kerja di salah sebuah hotel disini.. Syukur Alhamdulillah aku panjatkan sekiranya kehidupannya lebih stabil dan aku juga tetap akan mendoakan yang terbaik buatnya.. Seandainya dia berbahagia dengan kehidupannya, aku pun juga turut bahagia..walaupun hakikatnya pada aku hanya suatu perasaan yang 'KOSONG'..

No comments: