January 18, 2012

Syok Layan POrno sampai jadi PEMBUNUH!

Bodoh!
Oke~ itu sahaja perkataan yang memang agak kasar yang aku nak describe kan dekat sini tentang satu kemalangan yang belaku semalam di Kilometer 19.5 Jalan Pontian-Johor Bahru. Actually tempat tu tak jauh jugak dr rumah aku... Bila pagi tadi masa on the way pegi keje, dengar berita di Hotfm, buatkan aku tersentak dengan kejadian tersebut..

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dalam perjalanan ke Singapura sebelum pemandunya hilang kawalan lalu terbabas dengan sebuah lori lain, 2 kereta dan 2 buah motosikal. Dan yang paling tragis apabila sepasang suami isteri yang menaiki salah 1 motosikal tersebut telah maut digilis oleh lori tersebut. (SUMBER)

Oke,..kat sini.. yang menjadi masalahnye ialah punca mamat drebar lori yang hilang kawalan tu.. Kalau nak kira tentang kemalangan kita bolehlah cakap 'Sesungguhnya, malang tu tak berbau'.. yes! I agreed on that.. tapi kalini punca mamat drebar lori tu hilang kawalan adalah disebabkan dia sedang meonoton VIDEO LUCAH, oke!! Peerghhh!! Menyirap plak aku dengor ~ Kerana NAFSU yang tengah syiok layan PORNO tu, hilang kawalan sampai membunuh! sangat kejam oke.. Dah kenapalah ade manusia yang sampai macamtu skali, kalau ye pon dah gersang sangatkan xyahlah sampai tgh drive lori pon jadi jugak kan..at least dah kemaruk sangat ko benti je lori tu tepi jalan ke, dalam utan memane ke, hah..tengoklah lelame.. dah takde keje lain ke hape! buat malu lelaki je dengan Nafsu yang terok sampai camtu skali... Hiburam amende ntah sampai cenggitu skali...

Setakat ne aku tak taula yang drebar lori yang 'psiko' tu berbangsa ape.. kalaulah kaum 'M' lahkan,.. memang siaplah engko!

Dalam Hadis ade menyebut:
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

January 15, 2012

Bersemangat!!

Arini pepagi lagik aku dah bersemangat waja nak pegi work out... Mungkin sebab semangat semakin membuak-buak setelah secara rasminya menetapkan matalamat 1 itu yang perlu dicapai untuk taon neh.. Oleh sebab tu,.. pepagi masa atas katil lagi, hati aku dah meronta-ronta nak kuar pi work out.. Adik angkat aku plak mesti tgh tdo lagi sebab semalam balik lewat... dengan semangat yang ade, aku pon bangun teros siap2 nak gi jogging kat Hutan Bandar Mutiara Rini.. tapi niat tu terbatal apabila adek angkat reply msg cakap nak g gym tak.. Of course aku mau! hohoho~

Actually aku dah bersiap dari awal pagi td, sambil sempat menyiapkan bekpes untuk family aku.. Ne sambil menunggu untuk kuar kul 11pagi, nyempatlah aku menggodeh blog ne jap.. Bukan pe, sebab terlalu excited gaknye nak 'loss weight' sampai hati meronta2 di pagi hari untuk gi work out... kahkahkah.. cam tak caye je kan... Well~ uhuk2..itu yang harus aku lakukan..berbekalkan semangat dan motivasi dr diri sendiri.. ye tak kengkawan...?? hehehe~

Okay, now it's almost 11am. So nak kne gi siap2 sebelum terlambat... Marilah kita beramai2 ber'work out' and the best part is 'Sauna' session.. weehuu~ Cepatlah sket lemak2 tepu aku ne terbakor kan..kahkahkah..~ Korang mau join..?? yok2 kita pegi Clark Hatch Excite Danga Bay,...


Clark Hatch Excite Danga Bay,...



January 14, 2012

Azam 2012 ~ LOss Weight ~



Rasanya aku masih belum terlambat untuk letakkan target yang nak aku achieve untuk tahun 2012 ne.. Kesibukan yang amat membuatkan aku pending semuanya untuk dimeteraikan secara rasmi sebagai niat aku,.. hohoho~ Selalunya aku akan tulis dalam diari manual aku, which is aku ade diary yang aku tulis sendiri menggunakan tangan dan dakwat pena.. So, bila aku belek2 balik azam tahun lepas, Alhamdulillah~ Walaupun xsemuanya tercapai, tapi aku cukup berpuas hati dengan pencapaian yang aku miliki sekarang.. Ne checklist aku untuk azam tahun lepas:



  • Tukar handphone baru (last beli enpon masa kat Universiti dulu..) - DONE! (NOKIA E-5; murah2 je oke! nak beli mahal2 belum mampu lagi sebab ade lagi yang lebih penting.. :) )


  • Memiliki kereta sendiri - DONE! (Saga FL Executive Blue Rock a.k.a Baby Blue Boy aku..)


  • Nak happykan Mak & Abah - DONE! (Finally, tertunai jugak bawak diorg g vacation pakai wit sendiri.. wee~)


  • Nak tengok adik bongsu aku sambung belajar - Pending (sebab result kuar tahun ne..)


  • Nak LOSS WEIGHT! - Pending (adesss.. yang ini aku drag ke tahun ne sebab perlu masa lebih..hehehe)

Ha...Alhamdulillah, rasa berpuas hati juga dengan semua tu.. cuma 1 yang amat2 tak berpuas hati adalah azam yang last skali tu.. yang itu kene drag bawak ke tahun ne, dan akan lebih agresif lagi untuk tahun ne... Macam2 plan aku dah buat.. Every week akan ke gym + amek supplement utk diet + need more exercise --> semua tu memerlukan azam yang kuat + dorongan daripada orang2 sekeliling.. So, oleh kerana dah dragkan ke tahun ne, maka secara tak langsungnye salah satu azam aku untuk tahun ne ialah continue dengan LOSS WEIGHT.. huhuhu..


Aku ne agak susah gakla nak kurangkan berat badan tu, mak cakap dulu masa lahir, aku dikira overweight baby la sebab kalo xsilap berat lebih dari 3kg.. masa kecik tak plak badan naek, tapi bagai dipam2 bila masuk skolah rendah.. ade gak tanya doktor untuk dapatkan advice, katanya pun agak susah tp kene work harder Insyaallah boleh.. Kalao korang nak tau, ujung tahun lepas aku berjaya turunkan 3kg dalam masa sebulan menggunakan plan tak makan nasi selama 1 bulan.. Perghh!! gigih aku masa tu, tapi bila next month nye aku jadi xbape sehat dan jatuh sakit, then aku terpaksalah skip plan tu... So, tahun ne dengan plan yang lebih baik dan teratur + advice dari adik angkat aku yang selaku ex-trainer kat gym dulu dah jadi trainer aku secara xlangsung..huhu.. atas suggestion dia gakla aku ke gym tiap2 minggu.. So, semoga berjaya untuk aku yer!


Psstt... lagi 1, ne sensitip sket (hahaha~) tahun 2012 ne umur aku dah meningkat.. aduhai, lagi bape taon je nak cecah 30sen..huhuhu.. So, tgh plan neh, boleh tak agak2 masukkan dalam azam tahun ne nak cari laki.. kahkahkah! Diorang semua dok sebok tanya, aku bila lagi.. nak2 plak adek aku yang no. 2 tu bakal dapat baby ke-2 bulan 3 neh.. lagilah buat aku dipanahi dengan soalan2 cepu emas yang xbrape nak emas tu.. ahak~ tulahkan, aku cakap gak ngan adek2 aku, macamanalah nak carik laki nak buat husband ne ek.. hahahaha.. (Biol sudah aku neh) Ntahlah, kalau ikutkan hati neh dah tawar nak involved dengan dunia yang penuh dengan perasaan dan perasan neh.. pintu hati masih tertutup rapat doe~ Insyaallah lah kan, kot2 ade yang berkenan tu kawen nikah teros je, maleh mau pikior.. bercinta lelame bagai nak rak tapi tak kawen nikah pun payah gak kan.. at last, kita sendiri tak tau camne nak bersocialize dengan orang2 kat luar sana dan semuanya akan terbatas... Insyaallah,.. Kalau Ade Jodoh,.. Aku tunggu jelah mase Allah menetapka 'Kun Faya Kun' maka nikahlah aku waktu tu... hhohoho ~