September 08, 2015

Bismillahirahmanirahim,....
 
Setelah sekian lama,... KAU ditinggalkan sepi.. Sepi dan dibiarkan begitu saja..tanpa coretan..tanpa perkongsian.. Bukan bermakna AKU telah tiada.. AKU masih disini...masih teguh berdiri.. Berdiri di kaki sendiri dengan segala kudrat yang ada... Dengan segala semangat dan kekuatan yang ada... Untuk mengharungi setiap dugaan kehidupan.. 
 
Terlalu banyak rasanya episode yang telah dilalui..pelbagari ragam..pelbagai kisah yang seharusnya dijadikan sebagai kenangan serta memori untuk disimpan disini.. Namun, kekangan masa serta komitmen telah membuatkan aku lupa seketika KAU yang masih setia disini.. Kadangkala,.. apabila sesuatu beban itu tak mampu lagi dipikul.. Ianya akan menjadi sesuatu yang menyesakkan jiwa dan raga.. Segalanya menjadi serabut.. segalanya menjadi kucar kacir dengan pelbagai emosi yang kadangkala tidak menentu.
 
Moga AKU lebih tabah dalam mengharungi setiap perjalanan hidup yang berliku ini.. Mampukah AKU bertahan?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuinya...

No comments: