January 16, 2014

Itulah Aku,...

Setelah sekian lama,... meninggalkan ia sepi untuk tempoh yang agak lama... kini aku kembali semula untuk mencalit memori yang telah mahupun sedang aku lalui.... Terlalu banyak yang aku lalui tanpa ada catitan untuk dikongsi bersama... Biarpun ianya hanyalah coretan yang sepi disini... Kerna,.. aku menulis bukan untuk menagih perhatian,...menjaja cerita,.. mengharap simpati... tapi satu masa dan ketika dahulu... disinilah aku catitkan segalanya yang terbuku dihati... Kadangkala, tak semua yang berlaku, yang kita rasa, yang kita alami mampu untuk diluahkan dengan verbal... kerana kadangkala tak semua mereka mampu untuk menjadi pendengar setia... masing-masing masih punya kisah dan permasalahan sendiri... 

Namun,. bagi aku... aku ckup selesa menjadi seorang pendengar setia..kepada insan-insan yang berada disekelilingku... bukan menunjuk pandai... bukan istilah 'kepochi!'... tapi aku lebih selesa begitu.. berkongsi pendapat, pandangan secara terbuka... aku akan cuba sedaya upaya meringankan beban terutamanya dr segi emosi dan hati... walaupon kadangkala tak mampu untuk membantu,..sekurang-kurangnya..aku mampu menyumbang kelegaan kepada mereka dan sekuntum senyuman yang terukir di setiap wajah mereka membuatkan aku senang dan bahagia....

Tapi sayangnye tidak pada aku... Aku lebih suka mendengar kisah mereka,... memberi pendapat melalui pengalaman yang pernah aku lalui...April ini, genaplah umurku 29tahun... dalam tempoh itu jugalah,...terlalu banyak perkara suka, duka, perit maung perjalanan kehidupan yang pernah aku lalui...segalanya aku jadikan panduan kini dan itu jugalah yang membuatkan aku kuat seperti hari ini.... aku percaya di sebalik setiap apa yang diaturkan oleh Allah,.. mempunyai asbabnye yang tertentu dan hikmah disebaliknya... Allah tak akan menurunkan ujian atau dugaan kepada hamba-Nya yang tidak mampu memikulnya... Allah itu Maha Adil,..dan seharusnya kita percaya,... Allah pasti menjanjikan yang terbaik dalam setiap perjalanan kehidupan makhluknya....

Aku,... masih kuat disini... Alhamdulillah,.. dengan izin Allah dibumi Allah yang nyata ini aku masih mampu untuk berdiri dikaki sendiri walaupon pelbagai dugaan, ujian serta cabaran yang telah aku lalui... Namun,.. untuk aku meluahkan segala yang terpendam dilubuk hati,..ianya bakal mengambil masa yang lama... Disinilah aku jadikan medium aku luahkan segalanya...  setiap kisah, setiap cerita,.. yang nyata, hanya aku yang akan berairmata.. cuma terkadang, apabila rasa berat itu sudah tidak tertanggung,..tatkala itulah aku memerlukan mereka... sesiapa jua... yang mampu membuatkan aku lupe seketika rasa yang tak mampu dibawa...cukuplah hanya melalui gelak ketawa... atau,... aku lebih prefer bersendirian,.... memikirkan jaoh apa yang bakal berlaku....dan tatkala itu butiran jernih itu yang pastinya akan menemaniku sehingga kelegaan itu sendiri datang menerpa untuk 1 tempoh yang agak lama.... Itu sudah cukup bagi aku... dan sememangnya,.. itulah aku.... Biarpun aku sakit,... senyuman disetiap wajah merekalah yang mempu memberikan aku kekuatan... 


2 comments:

ernahazwani said...

Bulan 4 nie, best kene bomb!!! hihihihi

Lavender Lassie Roses said...

aiyaaaarrkkk!! namo..namo....