January 22, 2014

Hikmah Yang Tersembunyi,...

Pagi ni,... masih terbawa-bawa emosi semalam yang masih belom stabil... keletihan semalam yang membawa kepada ketidak sihatan diri,.. alahai,.. dugaan dr-Nya,... Alhamdulillah -

Seawal 4.30am aku bangun seperti rutin biasa untuk menyiapkan bekalan harian untuk si dia, untuk diri aku dan juga lauk untuk mereka dirumah...mengenangkan mak tak berapa sehat, maka seharusnya menjadi tanggungjawab aku untuk melakukan semuanya... Sekurang-kurangnya, mak ade masa untuk berehat..

Harini, aku keluar ke tempat kerja seperti biasa cuma sedikit awal kerana tak perlu nak menunggu leya... Anaknya a.k.a anak buah kesayangan aku iaitu Kakak Sara & Baby Suha masih belom sehat... Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, fikiran aku dan emosi masih tidak selari... Mungkin terkesan daripada sisa-sisa gangguan semalam... Waktu bila aku tido pon tak tawu,..

Sampai ke tempat kerja,.. aku cuba menguntumkan senyuman sepanjang waktu... hakikatnya,... ade sesuatu dalam hati yang tak mampu untuk diluahkan,... Sehingga aku perasaan satu kenyataan yang terdapat di desktop pc yang aku penah save dulu... Lalu aku updatekan menjadi status di muka buku...



Seketika menghayati kata-kata itu,.... membuat aku tenang seketika,... Berfikirlah positif,.. Ada benarnya...
Walaupon sebanyak mana dugaan dan masalah yang datang,.. ALLAH pasti menentukan sesuatu yang terbaek disebalik setiap yang diturunkan-Nya.. Percayalah, sesungguhnya ALLAH tidak akan menurunkan DUGAAN untuk mereka yang tak mampu untuk menghadapi-Nya... Kerana ALLAH tahu kita KUAT, ALLAH juga mahukan kita TABAH,.. mahu kita BERFIKIR... menjadi lebih positif dalam menangani setiap emosi yang hadir... menepis, menangkas anasir-amasir emosi negatif yang mampu memburukkan keadaan... ALLAH hanya mahu MENGUJI...sekuat mana keimanan kita, sekuat mana kita menanganinya... Dan pastinya,... sape tahu, ALLAH telah menjanjikan KEBAHAGIAAN da KESENANGAN di sebalik kekuatan yang kita miliki...

Aku,..
Aku tahu,..dan aku yakin... Insyaallah.. Aku mampu lakukan yang terbaek... dengan segala kudrat, DOA, serta pertolongan dari-Mu Ya Allah,.. aku masih lagi kuat berdiri disini... Walaupon kadangkala ada masanya, Aku tak mampu untuk memikulnya... Tapi tatkala itulah aku cepat-cepat menghulurkan tangan memohon KEKUATAN dari-Mu Ya Allah... Hanya dengan airmata sahaja yang aku mampu luahkan.. dan bisa membuatkan aku tenang... Insyaallah,.. Aku masih kuat disini.. dan akan terus kuat untuk menghadapi setiap apa yang bakal berlaku... kerana aku PERLU,... =')

2 comments:

ernahazwani said...

Allahkan ada...InsyaAllah, semua perkara ada hikmahnya dan menjadikan kita lebih kuat!

Lavender Lassie Roses said...

Insyaallah Erna,... ;)