September 17, 2010

2004-2009 Dalam Kenangan ~

Tengah aku godeh2 pen drive aku ni tetiba aku jumpa satu coretan yang aku nak upload kat blog tapi aku lupa...dah hampir setahun coretan tu.. tp aku nak upload kan juga sebagai tanda kenangan....


17 December 2009.. 1.41am

Waktu ni aku sedang duduk di atas katil..mengadap laptop..aku nak coretkan sesuatu yang tiba2 aku rindu sangat… Rindu untuk coretkan sesuatu yang aga lama aku simpan.. lantas aku menyelongkar kotak simpanan CD aku utk mencari sesuatu.. Aku masukkan CD yang dicari ke dalam disk drive..atas CD tu tertulis.. ‘My Love Memories’…

Entahlah…tiba2 je aku rasa nak tengok balik semua gambar2 dan juga kenangan aku dan ‘si dia’..Seperti yang tergambarkan .. itulah dia.. ‘Si Dia’ yang dimaksudkan.. Seorang lelaki yang banyak mengajar aku erti 'PENGORBANAN, ‘C.I.N.T.A.’, ‘S.A.Y.A.N.G.’ dan juga ‘R.I.N.D.U’…

Memang Nampak agak jiwang..tp itulah hakikatnya..Sepanjang umur hidup aku.. hanya Si Dia sahaja teman yang pernah aku sayang dengan sepenuh jiwa dan raga aku..Tak dinafikan jauh dalam lubuk hati aku..’sayang’ tu masih ada… tp mungkin kerana pengalaman..aku ketepikan segala perasaan tu..

Macam yang aku pernah jelaskan pada teman2ku, bila mereka Tanya tengtang Si Dia.. aku hanya menjawab... Hati manusia hanya ada 1 untuk diserahkan..begitu juga aku.. dan hati aku yang 1 itu, aku dah serahkan sepenuhnya kepada Si Dia.. insan yang aku pernah sayang setulus hati aku..dialah yang terbaik yang pernah aku jumpa walaupun kadang2 masing2 masih ada kelemahan dan kekurangan.. As we know,..Nobody’s perfect!.. Including me.. Thanks to Allah sebab berikan aku peluang untuk menyayangi dan disayangi walaupun hakikatnya sementara..

Setiap kenangan dari 2004 sehingga 2009.. masih tetap ukuh dalam ingatan aku.. bukan untuk meratapi kesedihan, tapi kadangkala kenangan itu indah untuk diimbau kembali sekaligus mengingatkan aku pada setiap keadaan, situasi dan pengajaran yang tersirat..

1 comment:

Hana Suzana Ramlee said...

sangat sedey !!!
seyes.... [ngah dok nanges nie...mood ntah la...kucar kacir...jiwa sensetip mmg camni..]