December 19, 2011

Kesibukan melanda kembali...


Agak lama jugak aku tak menghupdatekan blog aku neh.. Bukannye tak mau update, kekadang tu manyak je aktiviti yang aku nak share nak citer kat sini.. tapi kekadang tu jugakla masa tak mengizinkan untuk aku mengadap lappy mahupun pc kat umah neh. Kalo sebelum-sebelum neh, nyempat jugakla aku menghupdatekan blog ne bila ada time free kat opis.. Bukan sahaja menghupdate je, siap bersegmen lagi..hahaha.. inilah padahnye! dekat opis aku skang neh, dah langsung tak ley nak bukak blog.. semuanya kena BLOCKED!.. abes tu, mane lagi aku nak lepaskan semua kalo x dekat muka buku.. keh..keh..keh..


Kenapa muka buku aku boleh bukak plak kat opis ek, sedangkan blog tak boleh..?? huhu.. nak dijadikan kesahnye cam ginilah, bila nak bkak muka buku tu aku ade cara lain kalo kene BLOCKED!.. tapi masalahnye skang neh, aku tau nak bukak muka buku jer, yang blog neh pulak aku xtau plak camne nak buek..huhu.. Kalo de sape2 yang tau cara-cara nak menghackers balik web blog yang kene BLOCKED ne bolehla sharing..sharing.. kan ke sharing is caring.. ekeke~

Selain daripada isu BLOCKED!, aku pun tengah sebok sejak 2 menjak neh.. sejak dilantik menjadi Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Syarikat neh, aku sebok memanjang dengan aktiviti Kelab.. tambahan plak, Big Company Event akan berlangsung end of this month.. Nak tau ape yang BIG sangat tu..?? Inilah first time, aku meng'organised'kan Company Annual Dinner untuk tahun 2011. Fuyoo!! manyak siot keje nak kne buat.. Apatah lagi bila Big Boss yang xberapa big sangat tu telah menetapkan tarikh Annual Dinner tu end of this month. Sepatutnya kalo ikut kebiasaannya, annual dinner tu akan dibuat bulan Januari tahun berikutnya. Tapi kalini oleh sebab Raya Cina jatuh ujung bulan Januari, nampak gayanya Big Boss tetapkan tarikh kene awal plak.. Jadi, nak tak nak kenelah akur dengan arahan..hohoho..

Well, semuanya kene disiapkan dalam masa tempoh tak sampai sebulan sebab tarikh event tu dah ditetapkan pada 30hb Disember 2011 neh.. Apepun, so far semuanya berjalan dengan baik.. dan Alhamdulillah, setakat ne dibawah pengelolaan aku tajaan yang dapat dikumpul as at to date dah mencecah RM45k dalam tempoh 3minggu sahaja.. fuuhh!! Target was achieved!! Yeay!! Apepun, aku berharap semuanya akan berjalan dengan baik nanti.. Tema untuk malam tu jugak dah dipilih iaiti Hawaiian Night.. wee~ Marilah kita berhawaiian!! hohoo~

No comments: