Jam menunjukkan pukul 4.30pagi dan waktu neh semestinya semua orang tengah lena dibuai mimpi..Aku plak masih disini, di atas katil mengadap lappy.. mata neh tak plak ngantok, maka encik blog nilah yang jadi peneman setia bila waktu macamne dilalui.. Dah agak lama rasanya aku tak stay up sampai pagi2 macam neh.. Nak kata aku minum nescafe siang tadi xde plak.. Lagipun Nescafe memang dah lama aku kuarantinkan, kecuali atas desakan tertentu tu aku larung kan jugak..lepastu bila saket, pandai2lah bawak diri..hoho~ Aku neh pun, patutnya xley dah nak stay up cenggini patutnya atas arahan doktor.. biasalah, orang berpenyakit sensitip macam aku neh memang payah gak kalo nak dilayankan.. Tapi apa aku boleh buatkan,.. dah mata xmo tdo.. otak plak berlegar2 kat merata tempat.. Esok siang jawabnye membuta lah aku.. jangan high-blood aku melambung -lambung suda kan...
Masa tengah jengah2 blog orang lain, baru aku perasan dan sedar yang lagi beberapa hari je tahun 2011 akan ditinggalkan.. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2011 neh.. As usual, setiap kali datangnye tahun baru, pelbagai azam diletakkan sebagai satu target yang ingin dicapai dan untuk tahun yang akan ditinggalkan, dari situ kita dapat menilai pencapaian atau 'Key Performance Indicator-KPI' yang telah diletakkan di awal tahun dulu berada di paras mana.. Berjayakah aku mencapai setiap apa yang telah ditetapkan masa awal tahun dulu..??
Alhamdulillah,.. pada tahun 2011, aku belajar banyak perkara dan yang paling penting, belajar mengawal emosi dan fikiran aku.. Dari segi pencapaiaan fizikal, Alhamdulillah bersyukur aku pada Yang Maha Esa di atas rezki yang dikurniakan pada aku.. Akhirnya aku berkemampuan untuk memiliki hartaku sendiri iaitu My Baby Blue Boy! Itu memang azamku untuk tahun ne, dan Alhamdulillah impian itu telah tertunai dengan bantuan abah.. Terima Kasih Abah! :) Dari segi kerjaya, aku juga bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Walaupun kadangkala aku agak sedikit tertekan, berbekalkan semangat dan dorongan, aku masih mampu bertahan. Peluang dan rezki yang baik akan tiba juga nanti Insyaallah..
Tahun 2011 juga, merupakan tahun yang mana aku perlu memperkuatkan diri dari segi mental dan fizikal tentang setiap apa yang telah berlaku sebelum ini.. Aku perlukan masa untuk bangkit dari kejatuhan itu,..bangkit dengan berbekalkan semangat dan dorongan daripada ibubapa dan keluarga terchenta.. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Sesungguhnya aku percaya bahawa Allah takkan turunkan kesusahan melebihi daripada apa yang kita mampu terima sebenarnya.. Allah hanya mahu menguji dan melihat sekuat manakah kita dalam sesuatu perkara itu..
Sungguhpun begitu,..masih ada 1 lagi hasrat dan niat yang masih belum tertunai sehingga kini.. dan itu sering menghantui aku sejak 2 menjak ni.. Kenyataan dan hakikat yang masih belum terungkai membuatkan hidup aku kadangkala menjadi tak tenteram selagi sebuah kemaafaan itu tidak kedengaran.. Dan kalini aku nekad, sebelum memasuki ke tahun yang baru.. 1 niat iu perlu aku tunaikan agar aku, mampu untuk hidup dengan tenang pada tahun hadapan..
Bicara soal umur dan jodoh,...itu sudah tentunya menjadi isu yang agak sensitif bagi aku sebenarnya.. Tahun 2012, umurku akan mencecah 27tahun... dan pada tahun 2012 ini juga, adik aku akan melahirkan anak yang kedua.. dan aku pula..masih begini.. sendiri dan terus sendirian menjalani hari-hari yang mendatang.. tahun 2012 adalah merupakan masuk tahun ke3 aku kekal dengan status 'Single'.. Buat masa neh, aku lebih selesa memikirkan tentang keluarga.. tentang Mak, Abah dan juga adik aku.. Memikirkan bagaimana untuk menyenangkan dan membahagiakan mereka.. Membimbing dan menunjuk jalan kejayaan kepada adik bongsu aku yang sorang tu...
Untuk aku..?? Buat masa ne, aku tak terfikir lagi tentang pasangan hidup.. Bukan mudah untuk aku lupakan semuanya yang telah berlaku antara aku dan dia kerana sejujurnya, sayang itu masih ada.. Tapi aku perlu kuat untuk menerima hakikat bahawa segalanya telah tiada.. Namun, kenyataan yang masih belum terungkai itu yang membuatkan aku tak mampu membuka pintu hati aku untuk orang lain.. Aku perlu tunaikan hasrat itu, niat itu agar aku dapat hidup dengan lebih tenang selepas menjelaskan segala-galanya.. Untuk menerukan hidup dengan tenang apabila ada rasa kebencian daripada insan yang pernah disayangi bukan suatu yg mudah untuk dilakukan apatah lagi hakikat yang berlaku itu bukan kehendak aku..
Satu nama yang takkan pernah bisa aku lupakan dan akan sentiasa aku rindukan -'Syahrizan Jamal' - Sedalam mana kebencian kamu pada aku,.. takkan pernah sesekali aku membenci kamu.. kerana seluruh kasih sayangku itu telah kuserahkan kepada kamu.. Andaikata kamu bahagia memiliki seseorang yang telah menyayangi kamu seadanya, doaku akan sentiasa mengiringmu agar kamu sentiasa berada dibawah lindungan Yang Maha Esa dan berbahagia bersamanya.. Insyaallah - Aku pasti,..sebelum menemui tahun 2012, segalanya akan terungkai.. andai kata ditakdirkan aku akan 'pergi' nanti, sekurang-kurangnya aku akan berasa lebih tenang di sana nanti...
Sudah..sudah... aku xmo wat entri sedey selepas 2, 3 ari dilanda kesedihan yang amat sebab terkenang tentang 'dia' dan asek muncul dalam mimpi jerk tanpa diduga.. Dia rindu aku gak kot... hehehee.. (ayat nak sedapkan hati..ekeke) Erm... Xsabar plak nak tinggalkan tahun 2011 neh dan harapan yang tinggi menggunung akan diletakkan sebagai platform untuk terus maju dan maju..dan maju...dan maju... adei.. bape manyak maju daaa...~
Oklah,..sekian untuk entri lewat pagi neh... rasanya kene paksa tdo mata neh... kalo idak jawabnye kesannya bawak ke esok lusa plak... mau kejong pale otak neh nak ngadap keje melambak kat opis tu... Oklah,.. mau guling-guling agar boleh beradu.. huhuh... Semoga ketemu lagi di esok ari... Daaa....~ :)
No comments:
Post a Comment