~ Hari 'Asyura: 10 Muharam 1433/ 6 Disember 2011 ~
Apakah itu Hari 'Asyura dan bilakah waktunya??
Rasanya masih ramai yang tidak mengetahui apakah itu Hari 'Asyura.. Hari 'Asyura, yang diperkatakan dalam Islam ye kawan-kawan..dan bukan nye 'bubur Asyura'..hehehe~ Meh sini, bersempena dengan Hari 'Asyura esok,.. ade sharing sikit untuk harini...
Hari 'Asyura: merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab 'Asyara' yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan Hari Asyura adalah hari ke sepuluh di dalam Kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, Hari 'Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti yang diamalkan oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh sebab itu, terdapat pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan pada Hari 'Asyura ini, antaranya ialah:
- Berpuasa - pahalanya seperti mengerjakan haji & umrah serta mati syahid
- Mandi & Memberihkan Diri - nescaya hatinya tidak akan mati & tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
- Melebihkan Perbelanjaan dalam Keluarga - akan diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan & kesihatan.
- Mengusap Kepala Anak Yatim & Menaruh Belas Kasihan terhadap Mereka - diangkat oleh Allah darjatnya ke syurga.
- Sesiapa yang berbuat baik terhadapa Anak Yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yaim.
- Menziarahi orang alim (banyak ilmu) & belajar sesuatu ilmu daripadanya - pahalanya seperti orang Muhajirin & Ansar.
- Menziarahi Orang Sakit - pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
- Bersedekah - pahalanya seprti bersedekah 1 tahun kepada zuriat Nabi Adam & seolah-olah ia tidak pernah menolah permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
- Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali - doanya dimakbulkan Allah.
- Sunat Bercelak Mata - Insyaallah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
- Sunat berinai & mengerat kuku.
- Menjamu & Memberi Minum kepada Orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
- Memperkukuhkan Silaturrahim - Insyaallah dipanjangkan usianya.
- Memperbanyakkan Zikir & Selawat. (حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلىَ وَنِعْمَ النَّصِيْرَ)
- Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian. Berikut adalah Doa Hari 'Asyura:Maka,... kita masih berkesempatan untuk melakukan Ibadah sunat yang mulia ini.. Setahun hanyalah sekali..dan seketika kita melaluinya, apakah salahnya jika kita menggerakkan hati melakukannya dengan penuh khusyuk dan ikhlas. Belum tentu di masa akan datang kita berkesempatan untuk melaluinya lagi.. Maka, hargailah kedatangnnya dengan penuh keikhlasan..
No comments:
Post a Comment