December 27, 2011

BZ & Tanggungjawab..

Waaaa... dari minggu lepas, bersambung plak minggu neh.. Masa berjalan dengan cepat plak rasanya..Naseb baiklah last weekend cuti panjang gak.. Itu pun time bercuti di selitkan dengan aktiviti shopping sambil bekerja..ekeke~ Orang lain, bila time ujung-ujung taon neh patutnya dok sebok abeskan cuti pi bawak family jalan-jalan.. Aku plak dok sebok bekerja mengalahkan orang akaun nak buat closing jerk! Hahaha..

Bukannye ape,.. semenjak dilantik sebagai Presiden Kelab Sukan & Rekreasi Company.. rasanya aku dok sebok je memanjang.. Alhamdulillah..aku memang suke sesangat... huhu.. betul neh,.. aku memang suka bila teramat sebok sebab tak rasa masa berjalan begitu cepat.. Nape aku bz? Sebab end of this week iaitu bersamaan 30hb Disember 2011, company aku ade wat Annual Dinner dan supposed to be aku tak payahlah nak sebok sangat sebab chairperson untuk Event kalini adalah orang lain.. Sepatutnya aku just monitor everything supaya on track.. Tapi terbalik plak bila aku yang kene buat semuanya..But it's okay, sebab at least aku taulah camne nak handle everything dengan sendiri.Mujurlah sebelum ne, aku dah biasa manage ape-ape event. At least adalah experience yang boleh digunakan.. Nak-nak lagi bila akulah Presidennya.. Tanggungjawab beso tu...

Apepun,...aku akan buat yang terbaik. Dengan penglibatan aku dalam event ne, sikit sebanyak aku dapat taulah permainan orang dalam.. Ish..ish..ish... tak baikkan..tapi xpela, aku just buat yang terbaik.. Biasalah kan kalau ade yang mengata.. Manusia sememangnya tak pernah puas, lagipun mane ade manusia dalam dunia ne yang sempurna kan..So, biasalahkan,... belum start event pon aku dah dengar rumors macam-macam.. Entahlah, mulut orang kan.. ikut suka diorangla..yang penting, orang sekeliling yang bekerja dengan aku tau macamana aku buat kerja dan prinsip aku macamana... Tanggungjawab dan kejujuran serta amanah tu penting! Selepas aku diberi tanggungjawab tu, bermakna mereka percayakan aku..jadi, aku perlulah buat yang terbaik untuk semua orang kan..Apatah lagi kalau melibatkan duit. Nak-nak plak aku berhak buat apa-apa keputusan yang besar melibatkan DUIT...Perghh! itu yang aku takut.. tapi xpela, aku sedaya upaya akan buat yang terbaik dan bersikap adil untuk semua orang.. Yang pastinya, mereka disekeliling aku yang percaya dan yakin dengan aku..itu yang penting!



Apepun,...aku harap semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar tanpa masalah.. Aku akan lakukan yang terbaik agar semua orang berpuas hati... Hopefully semua okay! :)

December 26, 2011

Kejam punya Mat Rempit!!!


For sure pada korang yang menonton Berita di TV3 jam 8.00pm tadi mesti korang tau akan kisah ne.. Adik Iman Adam Raman, yang berumur 8 tahun dan telah terlantar 7 bulan lalu selepas tubuhnya lumpuh akibat menjadi mangsa langgar lari oleh mat rempit yang sangat kejam dan tak berperikemanusiaan pada 2 Mei yang lalu!! Hati aku sangat 'terbakar' bila mendengar istilah 'langgar lari'..nak-nak plak dari mat rempit.. Kalau dah dasar mat rempit la kan, memang takde kesedaran sivik punya orang.. Diorang tu patut dihumbankan je dalam jel kasi duduk sane terus.. Takde langsung belas kasihan.. Apatah lagi untuk kanak-kanak sebesar Iman ini...apa salah mereka diperlakukan sebegitu rupa??





Apabila mendengarkan kisah adik Iman dalam berita tadi, mebuatkan aku sebak apabila diberitahu oleh ibu beliau bahawa adik Iman telah khatam Al-Quran ketika berusia 7 tahun dan bercita-cita menjadi pensyarah selain aktif dalam sukan badminton serta silat, tetapi tindakan mat rempit durjana tu telah memusnahkan masa depan beliau... Bila melihat keadaan adik Iman dalam berita tadi yang terbujur kaku dengan keadaan fizikal yang sudah tidak sempurna membuatkan aku sebak.. Tertanya dalam diri, kemanakah keperimanusiaan mat rempit tu yang dilanggar lari..sekurang-kurangnya kalau di ambil tahu, dan bukan langgar lari, mungkin masih ada peluang untuk diberi kesedaran..tapi sayangnya... kejadiaan ne berlaku bukan pada ahli keluarganya... Aku harap, mat rempit tu tengoklah berita tu dan moga wujud kesedaran dalam diri dia agar tahu kesilapan yang telah dibuat terhadap anak kecil yang mempunyai cita-cita yang besar tu.. Sama-samalah kita berdoa agar Adik Iman Adam akan segera sembuh dan diberikan keajaiban untuk kembali normal dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat satu hari nanti..

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas, bolehlah menghubungi Saudara Mohd Rafzan Bin Raman (Abang kepada Adik Iman Adam) di talian 019-9584579 no akaun maybank : 11301 5257 382. Semoga ALLAH merahmati kalian dan membalas jasa baik kalian....terima kasih

Sumber

2011 Semakin Berakhir,..


Jam menunjukkan pukul 4.30pagi dan waktu neh semestinya semua orang tengah lena dibuai mimpi..Aku plak masih disini, di atas katil mengadap lappy.. mata neh tak plak ngantok, maka encik blog nilah yang jadi peneman setia bila waktu macamne dilalui.. Dah agak lama rasanya aku tak stay up sampai pagi2 macam neh.. Nak kata aku minum nescafe siang tadi xde plak.. Lagipun Nescafe memang dah lama aku kuarantinkan, kecuali atas desakan tertentu tu aku larung kan jugak..lepastu bila saket, pandai2lah bawak diri..hoho~ Aku neh pun, patutnya xley dah nak stay up cenggini patutnya atas arahan doktor.. biasalah, orang berpenyakit sensitip macam aku neh memang payah gak kalo nak dilayankan.. Tapi apa aku boleh buatkan,.. dah mata xmo tdo.. otak plak berlegar2 kat merata tempat.. Esok siang jawabnye membuta lah aku.. jangan high-blood aku melambung -lambung suda kan...

Masa tengah jengah2 blog orang lain, baru aku perasan dan sedar yang lagi beberapa hari je tahun 2011 akan ditinggalkan.. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2011 neh.. As usual, setiap kali datangnye tahun baru, pelbagai azam diletakkan sebagai satu target yang ingin dicapai dan untuk tahun yang akan ditinggalkan, dari situ kita dapat menilai pencapaian atau 'Key Performance Indicator-KPI' yang telah diletakkan di awal tahun dulu berada di paras mana.. Berjayakah aku mencapai setiap apa yang telah ditetapkan masa awal tahun dulu..??

Alhamdulillah,.. pada tahun 2011, aku belajar banyak perkara dan yang paling penting, belajar mengawal emosi dan fikiran aku.. Dari segi pencapaiaan fizikal, Alhamdulillah bersyukur aku pada Yang Maha Esa di atas rezki yang dikurniakan pada aku.. Akhirnya aku berkemampuan untuk memiliki hartaku sendiri iaitu My Baby Blue Boy! Itu memang azamku untuk tahun ne, dan Alhamdulillah impian itu telah tertunai dengan bantuan abah.. Terima Kasih Abah! :) Dari segi kerjaya, aku juga bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Walaupun kadangkala aku agak sedikit tertekan, berbekalkan semangat dan dorongan, aku masih mampu bertahan. Peluang dan rezki yang baik akan tiba juga nanti Insyaallah..

Tahun 2011 juga, merupakan tahun yang mana aku perlu memperkuatkan diri dari segi mental dan fizikal tentang setiap apa yang telah berlaku sebelum ini.. Aku perlukan masa untuk bangkit dari kejatuhan itu,..bangkit dengan berbekalkan semangat dan dorongan daripada ibubapa dan keluarga terchenta.. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Sesungguhnya aku percaya bahawa Allah takkan turunkan kesusahan melebihi daripada apa yang kita mampu terima sebenarnya.. Allah hanya mahu menguji dan melihat sekuat manakah kita dalam sesuatu perkara itu..

Sungguhpun begitu,..masih ada 1 lagi hasrat dan niat yang masih belum tertunai sehingga kini.. dan itu sering menghantui aku sejak 2 menjak ni.. Kenyataan dan hakikat yang masih belum terungkai membuatkan hidup aku kadangkala menjadi tak tenteram selagi sebuah kemaafaan itu tidak kedengaran.. Dan kalini aku nekad, sebelum memasuki ke tahun yang baru.. 1 niat iu perlu aku tunaikan agar aku, mampu untuk hidup dengan tenang pada tahun hadapan..

Bicara soal umur dan jodoh,...itu sudah tentunya menjadi isu yang agak sensitif bagi aku sebenarnya.. Tahun 2012, umurku akan mencecah 27tahun... dan pada tahun 2012 ini juga, adik aku akan melahirkan anak yang kedua.. dan aku pula..masih begini.. sendiri dan terus sendirian menjalani hari-hari yang mendatang.. tahun 2012 adalah merupakan masuk tahun ke3 aku kekal dengan status 'Single'.. Buat masa neh, aku lebih selesa memikirkan tentang keluarga.. tentang Mak, Abah dan juga adik aku.. Memikirkan bagaimana untuk menyenangkan dan membahagiakan mereka.. Membimbing dan menunjuk jalan kejayaan kepada adik bongsu aku yang sorang tu...

Untuk aku..?? Buat masa ne, aku tak terfikir lagi tentang pasangan hidup.. Bukan mudah untuk aku lupakan semuanya yang telah berlaku antara aku dan dia kerana sejujurnya, sayang itu masih ada.. Tapi aku perlu kuat untuk menerima hakikat bahawa segalanya telah tiada.. Namun, kenyataan yang masih belum terungkai itu yang membuatkan aku tak mampu membuka pintu hati aku untuk orang lain.. Aku perlu tunaikan hasrat itu, niat itu agar aku dapat hidup dengan lebih tenang selepas menjelaskan segala-galanya.. Untuk menerukan hidup dengan tenang apabila ada rasa kebencian daripada insan yang pernah disayangi bukan suatu yg mudah untuk dilakukan apatah lagi hakikat yang berlaku itu bukan kehendak aku..

Satu nama yang takkan pernah bisa aku lupakan dan akan sentiasa aku rindukan -'Syahrizan Jamal' - Sedalam mana kebencian kamu pada aku,.. takkan pernah sesekali aku membenci kamu.. kerana seluruh kasih sayangku itu telah kuserahkan kepada kamu.. Andaikata kamu bahagia memiliki seseorang yang telah menyayangi kamu seadanya, doaku akan sentiasa mengiringmu agar kamu sentiasa berada dibawah lindungan Yang Maha Esa dan berbahagia bersamanya.. Insyaallah - Aku pasti,..sebelum menemui tahun 2012, segalanya akan terungkai.. andai kata ditakdirkan aku akan 'pergi' nanti, sekurang-kurangnya aku akan berasa lebih tenang di sana nanti...

Sudah..sudah... aku xmo wat entri sedey selepas 2, 3 ari dilanda kesedihan yang amat sebab terkenang tentang 'dia' dan asek muncul dalam mimpi jerk tanpa diduga.. Dia rindu aku gak kot... hehehee.. (ayat nak sedapkan hati..ekeke) Erm... Xsabar plak nak tinggalkan tahun 2011 neh dan harapan yang tinggi menggunung akan diletakkan sebagai platform untuk terus maju dan maju..dan maju...dan maju... adei.. bape manyak maju daaa...~

Oklah,..sekian untuk entri lewat pagi neh... rasanya kene paksa tdo mata neh... kalo idak jawabnye kesannya bawak ke esok lusa plak... mau kejong pale otak neh nak ngadap keje melambak kat opis tu... Oklah,.. mau guling-guling agar boleh beradu.. huhuh... Semoga ketemu lagi di esok ari... Daaa....~ :)

1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara..

Well,.. mase dok tengah blogwalking memalam neh.. terjumpa plak 1st Giveaway dari 1 blogger neh dan memandangkan aku dah lame tak join mane-mane Giveaway, kalini tergerak plak nak join GA dari Miss Wandalaara neh.. Hadiah dia pon menarik juge... So, apa kata korang pon join same nak..??
GiveAway neh akan berlangsung selama 1 bulan jer bermula 8 Disember 2011 - 8 Januari 2012
Jadi pada sape-sape yang nak join boleh jenguk Miss Wandalaara kat SINI..
Share jugak dengan mereka...

Hari Krismas yang sangat penat!

Oh yesss!!
Hari semalam adalah hari Krismas.. Of course kat shopping complex sume orang berduyun-duyun dok bershopping moping..di tambah plak bagi ibubapa yang ade anak yang akan menjalani sesi baru persekolahan, time cuti Krismas nela diorang dok sebok-sebok buat persiapan.. dan pada yang dapat bonus riban-riban tu, surela dok aktifkan diri shopping moping sakan, al-maklum jelahkan 'YEAR END SALE'! hohohoho~

Aku...?? Ape yang penat ek?
Sambut Krismas?? tak pon..
Buat persiapan anak nak mula sekolah?? Sorry okay! I'm still single and still mingle around..ekeke...
Dapat bonus untuk bershopping sakan..?? Adesss! takde maknanye lah nak dapat bonus time gini kan..nak-nak plak keje company 'ce ye nun alip'.. huhu..

Sebenarnya,.. arini aku dok bershopping sakan dengan mak terchenta dari pukul 1ptg sampai ler pukul 9.30malam.. Aku pi shopping moping sakan dekat Jusco Bukit Indah..tapi,.. bukan dok syok bershopping barang sendiri oke!.. sume nya barang-barang orang..hahaha.. Sebenarnya, aku dok bershopping mencari barang-barang yang nak diberikan sebagai lucky draw Company Annual Dinner ari Jumaat neh.. Abes beli barang sume dalam RM2k... giler arh! Kalolah shopping barang aku sebanyak tu, mau nak pengsan gak aku..ekeke..

Korang nak tau ape yang aku beli..?? Ne ha... Sume barang aku beli ade dalam 10 items.. tu belum masuk adiah yang nak diberikan masa Fun Game Session... Plus minus semua skali arini abes dalam RM2.5k.. Naseb baeklah bukan duet aku..huhuhu..

Ne ha,..aku beli comforter juga buat adiah lucky draw tu.. Agar diorang dapat tdo dengan nyenyaknye.. ekeke...

Dan,... manyak2 barang yang aku beli tu.. Inilah dia barang yang paling mahal aku beli.. iaitu Set Comforter dengan bed fitted skali Brand Akemi.. Nak tau harganya bape??? RM800 lebih.. naek juling bijik mata aku bila neok harga tu... Tapi naseb baeklah ade less 70% so price dia jadik dalam RM200 lebih je.. RM200 lebih jerk..??? Perggh! kalo aku tentu xde kuasalah kan nak beli comforter semahal tu.. tunggu lah kalo dapat laki tokey balak ker,.. hahaha.. kalo tokey balak baek aku beli mende lain daripada mende alah neh..huhuh..
Apepun,..sangat-sangat penat.. bershopping sakan dari Jusco tu dibukak sampai dah nak tutup aku kat sane.. Then masa balik plak melayan adek bongsu aku balik keje makan dekat luar... letehnye rasa.. Tapi mata plak tak ngantok lagik.. apo kono ek..?? jadi masa nehla aku dok nyempat update blog ne... nak-nak plak arini aku tak keje..huhu.. Tapi, kebizian akan lebih kerap melanda untuk minggu neh, memandangkan persiapan untuk dinner ari Jumaat neh ade yang masih tertangguh.. Well,. ape buleyh buat..dah tanggungjawab kan... I'm trying to do the best!.. :)

December 22, 2011

Duit Malaysia Siri Ketiga - Keunikannya

CIRI-CIRI KEUNIKANNYA...
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.


Sulur Kacang (50 Sen)

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Bunga Melur (20 Sen)

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Motif Orang Asli (10 Sen)

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Destar Siga (5 Sen)

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Reka Bentuk Wang Kertas

  • Bahagian Hadapan Wang Kertas

Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga rayaRosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.

  • Bahagian Belakang Wang Kertas

Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.

Psstt: I loike duit kertas tu,... berwarna-warni you! Meriah ko Jah!! hahahaha~

Sumber: Bank Negara Malaysia

December 19, 2011

Kesibukan melanda kembali...


Agak lama jugak aku tak menghupdatekan blog aku neh.. Bukannye tak mau update, kekadang tu manyak je aktiviti yang aku nak share nak citer kat sini.. tapi kekadang tu jugakla masa tak mengizinkan untuk aku mengadap lappy mahupun pc kat umah neh. Kalo sebelum-sebelum neh, nyempat jugakla aku menghupdatekan blog ne bila ada time free kat opis.. Bukan sahaja menghupdate je, siap bersegmen lagi..hahaha.. inilah padahnye! dekat opis aku skang neh, dah langsung tak ley nak bukak blog.. semuanya kena BLOCKED!.. abes tu, mane lagi aku nak lepaskan semua kalo x dekat muka buku.. keh..keh..keh..


Kenapa muka buku aku boleh bukak plak kat opis ek, sedangkan blog tak boleh..?? huhu.. nak dijadikan kesahnye cam ginilah, bila nak bkak muka buku tu aku ade cara lain kalo kene BLOCKED!.. tapi masalahnye skang neh, aku tau nak bukak muka buku jer, yang blog neh pulak aku xtau plak camne nak buek..huhu.. Kalo de sape2 yang tau cara-cara nak menghackers balik web blog yang kene BLOCKED ne bolehla sharing..sharing.. kan ke sharing is caring.. ekeke~

Selain daripada isu BLOCKED!, aku pun tengah sebok sejak 2 menjak neh.. sejak dilantik menjadi Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi Syarikat neh, aku sebok memanjang dengan aktiviti Kelab.. tambahan plak, Big Company Event akan berlangsung end of this month.. Nak tau ape yang BIG sangat tu..?? Inilah first time, aku meng'organised'kan Company Annual Dinner untuk tahun 2011. Fuyoo!! manyak siot keje nak kne buat.. Apatah lagi bila Big Boss yang xberapa big sangat tu telah menetapkan tarikh Annual Dinner tu end of this month. Sepatutnya kalo ikut kebiasaannya, annual dinner tu akan dibuat bulan Januari tahun berikutnya. Tapi kalini oleh sebab Raya Cina jatuh ujung bulan Januari, nampak gayanya Big Boss tetapkan tarikh kene awal plak.. Jadi, nak tak nak kenelah akur dengan arahan..hohoho..

Well, semuanya kene disiapkan dalam masa tempoh tak sampai sebulan sebab tarikh event tu dah ditetapkan pada 30hb Disember 2011 neh.. Apepun, so far semuanya berjalan dengan baik.. dan Alhamdulillah, setakat ne dibawah pengelolaan aku tajaan yang dapat dikumpul as at to date dah mencecah RM45k dalam tempoh 3minggu sahaja.. fuuhh!! Target was achieved!! Yeay!! Apepun, aku berharap semuanya akan berjalan dengan baik nanti.. Tema untuk malam tu jugak dah dipilih iaiti Hawaiian Night.. wee~ Marilah kita berhawaiian!! hohoo~

December 18, 2011

Writing Contest (3) - Eqbalzack

Hi Guys!!
Ade sape2 yang minat dalam essay writing? Nak asah bakat dan sumbangkan idea disamping dapat adiah? Ape kata korang join kat sini:






Ape korang kene buat?? Cer nengok gambor bawah neh.. then buat essay tentang:

"WHAT DOES THIS PHOTO MEAN TO YOU"




Dateline tok submit: 11.59pm - 25 Decmeber 2011.

Nak tau lebih lanjut ape adiah yang MENARIK untuk writing contest neh.. pi klik link kat atas tu yer! Semoga Berjaya kepada sesape yang join!!!

Mimpi 'Si Dia' lagi,..

Iye,..


Harini,.. pagi ne,... Lepas solat Subuh,.. Al-maklumlah cuti, jadi aku pon sambunglah tido balik.. akibat keletihan semalam yang xabes lagi,...

Yang pastinya,.. Aku mimpi kan sesuatu tatkala itu,... Mimpikan si dia yang pernah bertahkta dalam hati aku,.. Dalam suasana yang sangat bahagia,... Iye, Aku sangat bahagia,...

dan,..

Apabila seketika aku tersedar,.. itu semuanya hanyalah sebuah mimpi,..

Mimpi yang pastinya bukan realiti,.. membuatkan aku terus mengalirkan airmata...

Hati aku menjadi sebak,... dalam tangisan aku berdoa semoga dia berbahagia dengan kehidupannya sekarang... Setelah sekian lama aku cuba mengabaikan perasaan itu,.. Tanpa dipinta, ianya hadir kembali dalam memori fantasi.. padahal dalam dunia realiti, aku tak terfikir langsung tentang dia.. aku dah cuba buat yang terbaik demi menjaga hati aku sendiri... Tapi kenapa secara tiba-tiba dia hadir.. biarpun dalam alam mimpi, hati aku amat terkesan.. Terkesan dengan setiap perlakuan dan perbuatan yang dilakukan..membuatkan hati aku sebak menahan tangisan.. Aku amat bahagia dalam kisah khayalan itu... Aku mahukan itu! Aku mahukan bahagia bersama orang yang pernah aku sayang dan yang pernah aku cinta.

Adakah ianya hanya harapan kosong??


Tangisan semakin kuat,... membuatkan hati dan naluri aku merindui dia... Adakah dia juga mengingati aku sepertimana aku mengingatinya tatkala ini..?? Semuanya hanya tinggal kenangan,...dan bibir sentiasa mengungkapkan kerelaan dalam menerima perpisahan yang tak dirancang,...

Namun,..

Walaupun hanya tinggal kenangan,..dan bibir menafikan apa yang terkandung dalam hati,... Sesungguhnya aku tak mampu,..melenyapkan segalanya dari ingatan.. Aku tak mampu! Tak mampu untuk melupakan apatah lagi untuk membenci!... Tidak!! itu tidak sesekali aku lakukan untuk seseorang yang pernah aku sayangi dengan sepenuh hati,... Biarpun ianya ditelan dek masa dan zaman,.. aku yakin, segalanya akan tetap kukuh dalam kotak memori aku... Hanya tatkala nyawa bercerai dari jasad, tatkala itu jugalah segalanya akan lenyap...

Dengan izin Allah,..


December 05, 2011

Hari 'Asyura - 10 Muharam 1433

~ Hari 'Asyura: 10 Muharam 1433/ 6 Disember 2011 ~

Apakah itu Hari 'Asyura dan bilakah waktunya??

Rasanya masih ramai yang tidak mengetahui apakah itu Hari 'Asyura.. Hari 'Asyura, yang diperkatakan dalam Islam ye kawan-kawan..dan bukan nye 'bubur Asyura'..hehehe~ Meh sini, bersempena dengan Hari 'Asyura esok,.. ade sharing sikit untuk harini...



Hari 'Asyura: merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab 'Asyara' yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan Hari Asyura adalah hari ke sepuluh di dalam Kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, Hari 'Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti yang diamalkan oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


Oleh sebab itu, terdapat pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan pada Hari 'Asyura ini, antaranya ialah:



  1. Berpuasa - pahalanya seperti mengerjakan haji & umrah serta mati syahid


  2. Mandi & Memberihkan Diri - nescaya hatinya tidak akan mati & tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.


  3. Melebihkan Perbelanjaan dalam Keluarga - akan diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan & kesihatan.


  4. Mengusap Kepala Anak Yatim & Menaruh Belas Kasihan terhadap Mereka - diangkat oleh Allah darjatnya ke syurga.


  5. Sesiapa yang berbuat baik terhadapa Anak Yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yaim.


  6. Menziarahi orang alim (banyak ilmu) & belajar sesuatu ilmu daripadanya - pahalanya seperti orang Muhajirin & Ansar.


  7. Menziarahi Orang Sakit - pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.


  8. Bersedekah - pahalanya seprti bersedekah 1 tahun kepada zuriat Nabi Adam & seolah-olah ia tidak pernah menolah permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.


  9. Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali - doanya dimakbulkan Allah.


  10. Sunat Bercelak Mata - Insyaallah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.


  11. Sunat berinai & mengerat kuku.


  12. Menjamu & Memberi Minum kepada Orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.



  13. Memperkukuhkan Silaturrahim - Insyaallah dipanjangkan usianya.


  14. Memperbanyakkan Zikir & Selawat. (حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلىَ وَنِعْمَ النَّصِيْرَ)

  15. Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian. Berikut adalah Doa Hari 'Asyura:Maka,... kita masih berkesempatan untuk melakukan Ibadah sunat yang mulia ini.. Setahun hanyalah sekali..dan seketika kita melaluinya, apakah salahnya jika kita menggerakkan hati melakukannya dengan penuh khusyuk dan ikhlas. Belum tentu di masa akan datang kita berkesempatan untuk melaluinya lagi.. Maka, hargailah kedatangnnya dengan penuh keikhlasan..


December 04, 2011

Ombak Rindu..!!

Cer nengok neh...


Tiket wayang Filem: OMBAK RINDU


Date: 1/12/2011






Finally,...


Citer yang aku tunggu2 dan teruja nak tengok dr sebulan yang lalu telah officially aku nengok masa first day tayangan citer tu kuar.. huhuhu.. Kenape aku excited giler nak tengok citer neh..?? Sebabnye, sampai sekarang even though filem ne belum publish lagi aku masih ingat jalan citer dia sebab masa student dulu, aku rajin bace novel dan salah satu novel yang jalan ceritanya aku xpernah lupe.. Pernah jugak terdetik dalam hati aku dulu, "kalaulah citer2 novel ne difilemkan sure syiok abes!"... xsangka plak mende tu jadi kenyataan.. Walaupun dalam filem Ombak Rindu ne, jalan ceritanya x exactly macam ape yg ada dalam novel, but atleast jalan ceritanya tetap menarik perhatian.... Thumbs Up to Osman Ali, yang telah mengarah citer adaptasi novel ini dengan baik dengan jalan cerita yang sangat indah... Sangat2 romantis!!




Bait2 kata yang terlahir dalam setiap ungkapan dalam Novel ne amat2 menyentuh perasaan mereka yang mempunyai hati yang mampu menilai erti kehidupan dan kasih sayang serta pengorbanan,..


"Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pernah menghargai Cinta"


"Itu bukan Redha,..itu pasrah namanya...kerana Redha itu Ikhlas..."


Erm..Sangat2 Romantis lagi apabila seorang lelaki seperti Aaron Aziz yang melakonkan wataknya dengan baik sekali apabila berjaya membawa emosi yang cukup terusik.. Cair woo~ bila nengok Aaron menitiskan airmata kejantannanya untuk melahirkan serta meluahkan rasa hatinya..terasa amat2 begitu ikhlas... So touch oke!

Oklah, aku xmo citer panjang2... kat bawah ne antara since2 yang amat2 menyentuh hati aku dalam filem Ombak Rindu neh....




Kasih Sayang yang wujud tanpa disedari,...
Hanya hati yang bisa memahami...


Kasih sayang itu akhirnya terungkai,...



Apabila kemarahan menguasai diri,...


Segala yang wujud seketika menyedarkan diri,...



Saat kasih sayang itu bersemi,...


Bahagia akan sentiasa mengiringi...



Rindu yang hadir,....


Membuatkan cinta itu semakin bersemi...



Pengorbanan dan keikhlasan,..





Ceettt~ Ini gambar OMBAK RINDU aku... hohohoho


nak selitkan jugak... :P




So,..pada sesiapa yang belum nengok lagi... pergilah tengok... menilai kisah ini bukan kerana pelakonnya, lakonannya, tetapi jalan cerita yang indah dan menyentuh perasaan dengan bantuan lakonan mereka yang telah melakukan yang terbaek...




'Seego manapun hati manusia, kasih sayang yang wujud itu mampu mencengkam rasa... menilailah dengan mata hati...'

Enjoy ur Weekend!

Good Morning Everyone!!

&

Enjoy ur Weekend ya!!


Bertukar wajah!!

Finally,....


Setelah lama menyepikan diri dr blog neh,..


1 Perubahan telah nekad untuk dilakukan dan hasil daripada aku xtido malam,..


Lihat ini hasilnya.


Blog aku dah bertukar wajah juge akhirnya,... huhuhu








Oleh kerana mata dah tak tertahan lagik,... maka,...sebelum aku pengsan depan pc neh,..ada baiknyelah aku tdo jap... kalau ta siaplah pagi sok..hihihi...~



~Adios!~