December 27, 2011
BZ & Tanggungjawab..
Bukannye ape,.. semenjak dilantik sebagai Presiden Kelab Sukan & Rekreasi Company.. rasanya aku dok sebok je memanjang.. Alhamdulillah..aku memang suke sesangat... huhu.. betul neh,.. aku memang suka bila teramat sebok sebab tak rasa masa berjalan begitu cepat.. Nape aku bz? Sebab end of this week iaitu bersamaan 30hb Disember 2011, company aku ade wat Annual Dinner dan supposed to be aku tak payahlah nak sebok sangat sebab chairperson untuk Event kalini adalah orang lain.. Sepatutnya aku just monitor everything supaya on track.. Tapi terbalik plak bila aku yang kene buat semuanya..But it's okay, sebab at least aku taulah camne nak handle everything dengan sendiri.Mujurlah sebelum ne, aku dah biasa manage ape-ape event. At least adalah experience yang boleh digunakan.. Nak-nak lagi bila akulah Presidennya.. Tanggungjawab beso tu...
Apepun,...aku akan buat yang terbaik. Dengan penglibatan aku dalam event ne, sikit sebanyak aku dapat taulah permainan orang dalam.. Ish..ish..ish... tak baikkan..tapi xpela, aku just buat yang terbaik.. Biasalah kan kalau ade yang mengata.. Manusia sememangnya tak pernah puas, lagipun mane ade manusia dalam dunia ne yang sempurna kan..So, biasalahkan,... belum start event pon aku dah dengar rumors macam-macam.. Entahlah, mulut orang kan.. ikut suka diorangla..yang penting, orang sekeliling yang bekerja dengan aku tau macamana aku buat kerja dan prinsip aku macamana... Tanggungjawab dan kejujuran serta amanah tu penting! Selepas aku diberi tanggungjawab tu, bermakna mereka percayakan aku..jadi, aku perlulah buat yang terbaik untuk semua orang kan..Apatah lagi kalau melibatkan duit. Nak-nak plak aku berhak buat apa-apa keputusan yang besar melibatkan DUIT...Perghh! itu yang aku takut.. tapi xpela, aku sedaya upaya akan buat yang terbaik dan bersikap adil untuk semua orang.. Yang pastinya, mereka disekeliling aku yang percaya dan yakin dengan aku..itu yang penting!
December 26, 2011
Kejam punya Mat Rempit!!!
Sumber
2011 Semakin Berakhir,..
1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara..
Hari Krismas yang sangat penat!
December 22, 2011
Duit Malaysia Siri Ketiga - Keunikannya
Sulur Kacang (50 Sen)
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
Bunga Melur (20 Sen)
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
Motif Orang Asli (10 Sen)
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
Destar Siga (5 Sen)
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
Reka Bentuk Wang Kertas
- Bahagian Hadapan Wang Kertas
Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga rayaRosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.
- Bahagian Belakang Wang Kertas
Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.
Psstt: I loike duit kertas tu,... berwarna-warni you! Meriah ko Jah!! hahahaha~
Sumber: Bank Negara Malaysia
December 19, 2011
Kesibukan melanda kembali...
December 18, 2011
Writing Contest (3) - Eqbalzack
Ade sape2 yang minat dalam essay writing? Nak asah bakat dan sumbangkan idea disamping dapat adiah? Ape kata korang join kat sini:
Mimpi 'Si Dia' lagi,..
Adakah ianya hanya harapan kosong??
December 05, 2011
Hari 'Asyura - 10 Muharam 1433
- Berpuasa - pahalanya seperti mengerjakan haji & umrah serta mati syahid
- Mandi & Memberihkan Diri - nescaya hatinya tidak akan mati & tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
- Melebihkan Perbelanjaan dalam Keluarga - akan diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan & kesihatan.
- Mengusap Kepala Anak Yatim & Menaruh Belas Kasihan terhadap Mereka - diangkat oleh Allah darjatnya ke syurga.
- Sesiapa yang berbuat baik terhadapa Anak Yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yaim.
- Menziarahi orang alim (banyak ilmu) & belajar sesuatu ilmu daripadanya - pahalanya seperti orang Muhajirin & Ansar.
- Menziarahi Orang Sakit - pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
- Bersedekah - pahalanya seprti bersedekah 1 tahun kepada zuriat Nabi Adam & seolah-olah ia tidak pernah menolah permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
- Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali - doanya dimakbulkan Allah.
- Sunat Bercelak Mata - Insyaallah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
- Sunat berinai & mengerat kuku.
- Menjamu & Memberi Minum kepada Orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
- Memperkukuhkan Silaturrahim - Insyaallah dipanjangkan usianya.
- Memperbanyakkan Zikir & Selawat. (ØَسْبِÙŠَ اللهُ ÙˆَÙ†ِعْÙ…َ الْÙˆَÙƒِÙŠْÙ„ُ، Ù†ِعْÙ…َ الْÙ…َÙˆْلىَ ÙˆَÙ†ِعْÙ…َ النَّصِÙŠْرَ)
- Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian. Berikut adalah Doa Hari 'Asyura:Maka,... kita masih berkesempatan untuk melakukan Ibadah sunat yang mulia ini.. Setahun hanyalah sekali..dan seketika kita melaluinya, apakah salahnya jika kita menggerakkan hati melakukannya dengan penuh khusyuk dan ikhlas. Belum tentu di masa akan datang kita berkesempatan untuk melaluinya lagi.. Maka, hargailah kedatangnnya dengan penuh keikhlasan..
December 04, 2011
Ombak Rindu..!!
Oklah, aku xmo citer panjang2... kat bawah ne antara since2 yang amat2 menyentuh hati aku dalam filem Ombak Rindu neh....
Hanya hati yang bisa memahami...
Kasih sayang itu akhirnya terungkai,...
Bertukar wajah!!
Oleh kerana mata dah tak tertahan lagik,... maka,...sebelum aku pengsan depan pc neh,..ada baiknyelah aku tdo jap... kalau ta siaplah pagi sok..hihihi...~
~Adios!~
November 15, 2011
November 14, 2011
Bayaran PTPTN RM50 jer Sebulan??
SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia memberikan pertimbangan berhubung pembayaran balik pinjaman kepada peminjam yang mengalami masalah untuk menjelaskan hutang termasuk peminjam yang disenaraihitam. Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, peminjam perlu melaporkan kepada pihaknya atau menemui pegawainya untuk berunding mengenai pembayaran balik. Menurutnya, peminjam boleh membayar pinjaman mengikut kemampuan mereka.
“Kita boleh berbincang. Mereka boleh membayar serendah RM50 sebulan,” katanya . Ditanya mengenai peminjam yang disenaraihitamkan, Ismail menegaskan, pihaknya juga bersedia untuk berbincang dan membantu mereka.
“Sekiranya jumlah hutang mereka tertunggak sebanyak RM10,000 dan mereka hanya mampu bayar RM2,000, kita akan terima dan membuat penjadualan semula jumlah pembayaran yang mereka perlu bayar setiap bulan.
Beliau berkata, mereka akan dikeluarkan dari senarai hitam. “Kita juga akan menerima penangguhan mereka sekiranya sakit, belajar di luar negara dan mempunyai sebab-sebab tertentu,” katanya. Katanya, seramai 132,801 pelajar yang disenaraihitamkan, tidak boleh keluar negara. Bagaimanapun, 18,143 daripada mereka dikecualikan kerana telah membayar balik RM146.2 juta. Sehingga September lalu, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion, iaitu 48.34 peratus dari RM6.2 bilion.
SUMBER: MummyNemo
Korang Teror ke Menaip??
Result Aku!
WPM | 42 |
Keystrokes | 222 |
Correct words | 41 |
Wrong words | 2 |
You reached 210 Points so you achieved position 17399 of 42870 on the ranking list (last 24 hours) |