June 19, 2011

Ayah, Jasamu Abadi Di Hati Ini...

Harini,.. tanggal 19 Jun adalah hari istimewa yang diraikan diseluruh pelusuk dunia bersama insan yang bergelar Ayah, Abah, Abuya, Daddy, Papa, dan sebagainya... Sebenarnya kalau nak diikutkan bukan harini je yang patut kita raikan bersama ayah masing2..tapi setiap hari harus dihargai dengan adanya beliau...

~~~

Untuk aku,..Panggilan untuk beliau ialah 'Abah'...
Sebenarnya kalau nak diikutkan,.. aku tak berapa rapat dengan abah berbanding adik beradik aku yang lain.. Masih aku ingat suatu masa dulu, sewaktu aku masih kecil dan sudah bersekolah, perbezaan terhadap aku dengan adik agak ketara. Tapi waktu tu aku hanya mampu mendiamkan diri.. Aku masih ingat lagi, apa yang aku lakukan apabila hati aku terasa dengan situasi2 tertentu, aku akan mencoretkan atau meluahkan perasaan aku ke atas kertas sambil menangis dan setelah siap aku lipatkan seperti surat dan simpan ke dalam sampul surat.. Semua luahan2 tu aku masih simpan sehingga kini.. Bila dah dewasa ne, dan aku membaca semua tu buat aku tersentuh dan kadangkala nak ketawa pun ada jugak.. :)


~~~

Semua tu masih berlarutan sehinggalah aku masuk ke sekolah menengah... Melangkah ke sekolah menengah, aku lebih banyak berdikari kerana aku mohon untuk memasuki sekolah berasrama kerana aku menanam azam untuk berdikari sendiri..Apabila aku melangkah ke alam remaja, aku menjadi lebih matang dengan setiap apa yang pernah aku lalui..Dengan tanggapan yang positif, aku meletakkan harapan yang menggunung agar suatu hari nanti aku akan mampu membuat abah bangga dan tersenyum dengan kejayaan aku.. Aku nekad dengan menguatkan semangat meneruskan kehidupan dengan tabah dengan dorongan daripada mak tersayang.. Mungkin semua pengalaman tu membuatkan aku matang...


~~~

Selepas tamat persekolahan tingkatan 5, keputusan SPM aku juga agak baik.. Aku berhasrat untuk memasuki Matrikulasi ataupun Politeknik.. sementara menunggu keputusan daripada Matrikulasi dan Politeknik, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. Aku terima tawaran tersebut walaupun pada waktu itu ramai yang mempertikaikan mereka yang melanjutkan ke Tingkatan 6 hanya membuang masa.. Berbekalkan semangat yang berkobar2 aku masih meneruskan pengajianku.. sehinggalah aku 'jatuh cinta' dengan matapelajaran di Tingkatan 6 tu.. Setelah lebih kurang 4 bulan di tingkatan 6,.. aku mendapat tawaran ke Politeknik.. Waktu itu, abah yang telah mendapat perkhabaran itu lebih awal daripada aku telah memberitahu rakan2nya dengan kejayaan aku dapat masuk ke Politeknik.. Aku rasa amat2 terharu sebab aku tau abah bangga dengan aku..


~~~

tapi,... semuanya xseindah yang disangka apabila aku mempunyai konflik sendiri dimana, aku ingin menolak tawaran ke Politeknik dan hanya meneruskan pengajian di tingkatan 6 sahaja.. Waktu itu, mak tidak melarang..setiap hari abah bertanya samada aku dah reply ke belum surat penerimaan ke Politeknik tu.. lagilah membuatkan aku rasa xsampai hati dan serba salah.. mak pulak hanya menyerahkan segala keputusan kepada aku sebab aku yang mampu menentukan masa depan aku dengan apa yang aku nak... Akhirnya, aku nekad.. Aku akan meneruskan pengajian aku di Tingkatan 6 dan surat tawaran ke Politeknik aku hanya simpan sebagai kenangan... Aku dapat lihat wajah kekecewaan di wajah abah apabila dapat tahu aku xreply surat ke Politeknik tu.. aku nekad untyuk lebih berusaha dengan gigih.. Aku menerima tamparan hebat apabila kawan abah yang mana juga jiran aku yang sebaya dengan aku menerima tawaran yang sama untuk ke Politeknik.. tambahan pulak si kawan abah tu selalu memperlekehkan mereka yang malanjutkan pengajian ke Tingkatan 6.. Aku nekad dengan semangat, untuk membuat yang terbaik... akan aku buktikan kepada semua yang aku mampu buat yang terbaik dan abah juga akan bangga dengan aku..


~~~~

Setelah tamat STPM, alhamdulillah... Keputusan aku agak membanggakan... Akhirnya aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di universiti tempatan di utara.. tatkala itu, aku rasa bangga kerana mampu membuktikan kepada semua rakan2 abah dan juga mampu membanggakan beliau dengan kejayaan yang aku miliki ini... Itulah kenangan yang paling manis, dan hadiah aku buat abah sebenarnya... membanggakan beliau dengan kejayaan yang aku miliki setelah aku mengecewakannya kerana menolak tawaran yang dlu..

~~~

Kini, keadaan masih sama... tapi aku tau... mana ada ayah yang xsayangkan anak kandungnya sendirikan.. setiap pengalaman yang dilalui akan mendewasakan dan mematangkan kita sebagai seorang manusia apatah lagi sebagai seorang anak kepada kedua ibubapanya... Kini, aku hanya ingin membahagiakan mereka, menyenangkan mereka... Selagi beliau masih ada, aku akan lakukan yang terbaik...dan maukan dia sentiasa bahagia dan baik sentiasa... Walaupun kadangkala, sikapku begitu kasar dengan beliau... hakikatnya hatiku juga terguris dengan apa yang aku dah lakukan,.. aku xmampu nak ubah semuanya... tapi yang pastinya..aku sentiasa doakan kesejahteraannya dunia dan akhirat...

~~~

Ucapanku Buat Abah,....

"Abah,.. Selamat hari Bapa untuk abah.. Ketahuilah, apapun yang berlaku.. akak tetap sayangkan abah...Biarpun kadangkala kata-kata akak ada yang membuatkan kamu terguris..itu bukan niat akak..mungkin pengalaman dlu membuatkan akak kasar dengan abah..segalanya menjadi kebiasaan... Apepun, setiap kali lepas doa, akak selalu doakan yang terbaik untuk abah, dan juga mak.. Doa akak selalu mengiringi abah dimana jua abah berada..sebab apepun terjadi akak tetap sayangkan abah.. kerana abahlah satu2nya abah yang akak ada dalam dunia ne.."


~~~

Ucapan Buat Semua Ayah dan mereka yang masih punya ayah diblog2 yang ada ne,...


"Selamat Hari Bapa dan hargailah mereka masih punya Bapa dan pada mereka yang sudah kehilangan bapanya iringilah doa buat mereka di sana..semoga mereka sentiasa ditempatkan bersama2 orang yang beriman..." Amin ~

6 comments:

Lulu Caldina said...

lulu datang baca kisah kamu..

SoLy SoLicious said...

singgah dr segmen abg ben..
dtg bace kisah ayah kamu :)
lawak la..siap tulis surat tu..hahaha...
bagus2..leh tunjuk anak cucu..buat koleksi

anismelon said...

singgah sini..kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya bapa membawa bahagia..:)

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

saya datang baca kisah abah awak,kite same la panggil abah...hehehe

Prince said...

prince dtg membaca kisah ayah awk..:)
selamat hari bapa...
lau prince nak bagi rm50 awk nak x?

http://www.prince91.com/2011/06/contest-anda-bagi-gambar-prince-bagi.html

Lavender Lassie Roses said...

Mekaseh sebab sudi baca kisah Hari Bapa saya ne.. :) Apepun masing2 sayangkan ayah masing2..so, semoga kita mampu buat yang terbaik untuk mereka! :)