June 20, 2011

[Contest # 1] Anda Bagi Gambar, Prince Bagi RM50 !!!



Kalini, aku nak join 3rd contest yang mana 'Prince' telah meng'offer'kan RM50 kepada mana2 gambar yang terpilih masa judging nanti... Aku nak try kali ke3 ne since ade 1 contest sebelum ne aku dapat nice giveaway from En. EqbalZack walaupun baru first time follow dia.. So, kali ni jugak aku juga first time follow Prince untuk join contest ne... nampak menarik sebab contest ne terbahagi kepada 4 kategori.. rasa2 macam nak masuk semua tapi macam blurr idea plak.. ngehehe ~ tp xpe, sebab due datenye lambat lagik.. Kepada sesape yang nak join jugak amat2 dialu2kan dan boleh klik banner kat atas ne ye.. :)


Jadi untuk yang pertama aku join Contest #1 yang mana dalam contest ne aku kne buat entri dan postkan gambar kenangan terindah bersama keluarga... Nak tau gambar terindah aku dengan keluarga tersayang yang mana..?? Jom kita tengok 2 pictures bawah ne....



Gambar kat atas ne, merupakan gambar terbaru keluarga aku yang baru diambil pada 4 Jun 2011.. Gambar ini adalah salah satu gambar kenangan yang terindah bersama keluarga aku.. sebab:

~~~

1) Sebenarnya family aku susah nak amek gambar sekeluarga sebab selalunya mesti ada yang tertinggal terutamanya abah.. selalu susah nak amek gambar dia.. tapi kalini Alhamdulillah... Aku dapat jugak snap gambar 1 family sebagai gambar kenangan terindah aku bersama mereka.


2) Gambar ne juga diambil sebagai tertunainya hasrat aku untuk membawa keluarga tersayang terutamanya mak yang sebok nak ke Melaka.. sebenarnya dah 2 kali kami plan tapi asyik tertunda jerk nak ke Melaka... Akhirnya, tercapai jua hasrat aku menunaikan hasrat mak tersayang...Walaupun kami pergi hanya balik hari.. bertolak awal pagi dan pulang waktu tengah malam.. xpe..sebab yang penting mereka happy... :)



Gambar yang dekat bawah ne pulak adalah sambungan selepas amek gambar kat atas ne... Oopss... Lupe plak aku nak mention lokasi penggambaran tu.. Lokasi adalah seperti berikut:


Gambar 1# : Wonderland, Ayer Keroh Melaka.

Gambar 2# : Bandar Melaka Raya.



Inilah kenangan terindah aku bersama keluarga sebab aku mampu menunaikan keinginan dan hasrat mak untuk jalan-jalan ke sana,... Tambah2 plak aku nengok mak dan family aku yang lain semuanya happy2 dan berpuas hati dengan trip kalini walaupun dalam masa 1 hari dan amat2 leteh tapi kami ENJOY!!..


Potret inilah yang menjadi bukti kenangan yang sentiasa kekal dalam ingatan aku.. :)

No comments: