Bodoh!
Oke~ itu sahaja perkataan yang memang agak kasar yang aku nak describe kan dekat sini tentang satu kemalangan yang belaku semalam di Kilometer 19.5 Jalan Pontian-Johor Bahru. Actually tempat tu tak jauh jugak dr rumah aku... Bila pagi tadi masa on the way pegi keje, dengar berita di Hotfm, buatkan aku tersentak dengan kejadian tersebut..
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dalam perjalanan ke Singapura sebelum pemandunya hilang kawalan lalu terbabas dengan sebuah lori lain, 2 kereta dan 2 buah motosikal. Dan yang paling tragis apabila sepasang suami isteri yang menaiki salah 1 motosikal tersebut telah maut digilis oleh lori tersebut. (SUMBER)
Oke,..kat sini.. yang menjadi masalahnye ialah punca mamat drebar lori yang hilang kawalan tu.. Kalau nak kira tentang kemalangan kita bolehlah cakap 'Sesungguhnya, malang tu tak berbau'.. yes! I agreed on that.. tapi kalini punca mamat drebar lori tu hilang kawalan adalah disebabkan dia sedang meonoton VIDEO LUCAH, oke!! Peerghhh!! Menyirap plak aku dengor ~ Kerana NAFSU yang tengah syiok layan PORNO tu, hilang kawalan sampai membunuh! sangat kejam oke.. Dah kenapalah ade manusia yang sampai macamtu skali, kalau ye pon dah gersang sangatkan xyahlah sampai tgh drive lori pon jadi jugak kan..at least dah kemaruk sangat ko benti je lori tu tepi jalan ke, dalam utan memane ke, hah..tengoklah lelame.. dah takde keje lain ke hape! buat malu lelaki je dengan Nafsu yang terok sampai camtu skali... Hiburam amende ntah sampai cenggitu skali...
Setakat ne aku tak taula yang drebar lori yang 'psiko' tu berbangsa ape.. kalaulah kaum 'M' lahkan,.. memang siaplah engko!
Dalam Hadis ade menyebut:
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
No comments:
Post a Comment