July 06, 2011

It's okay to be alone and sad..right?

erm,.. sebenarnya aku baru balik dari kelas mandarin.. tapi masing menggigihkan diri untuk mengupdate blog malam ne.. ade 1 soalan yang sejak 2 menjak ne asek berlegar2 di keliling aku.. Pasal jodoh..

Memandangkan dari bulan lepas, sambung plak bulan ne...(selagi xpose!) member aku semua pakat2 wat kenduri kawen masing2..ade plak kat opis aku ne, sebaya dengan aku dan se'department' ngan aku sedang menunggu hari nak melahirkan baby je.. Dia yang nak sambut baby, aku plak yang excited..ngehehe~
~~~
Balik pada tajuk dan juga soalan yang asek berlegar keliling aku ne... semua org dok asek tanya aku bila lagi,.. hurm.. aku dah penat nak explain dan jawab pertanyaan tu... Honestly,.. lepas something jadi kat aku tahun 2009, aku jadi seseorang yang lebih suka hidup dengan dunia aku sendiri... I prefer being alone.. yang aku tau,.. aku cuma fokus pada family aku.. mak, abah dan adik-adik...

Aku rasa, aku dah xde hati untuk memikirkan tentang kisah hidup aku yang lepas,.. untuk memandang ke depan pulak, aku rasa takut.. teramat takut... yang aku tau, satu kenyataan yang pasti dan xkan kecewakan aku, xkan tinggalkan aku, yang terima aku seadanya, yang akan sentiasa bersama aku tatkala susah, tatkala senang ialah keluarga aku..

Tapi,..ini bukan bermaksud untuk aku menyalahi hukum alam, ataupun menyimpang jauh dari hukum hakam agama... Masyaallah! moga dijauhkan.. aku hanya hilang hati untuk satu dunia yang dinamakan PERCINTAAN...Aku bersyukur yang aku pernah melaluinya selama hampir 6 tahun bersama si dia tapi sayang..mungkin kami tiada jodoh... hubungan itu terhenti disitu sahaja... cukuplah aku merasa suka, duka, pahit, manisnya dunia percintaan itu...

Bila ditanya tentang perkahwinan,... mampukah aku jelaskan pada semua bahawa aku juga ingin merasa dunia PERKAHWINAN itu..punya seorang suami yang mampu mendidik, membimbing, menyayangi aku sepenuh hatinya...sentiasa berada disisi aku bila gembira dan susah, sentiasa menasihati aku pabila aku salah,... itu semuanya adalah impian setiap insan yang bergelar wanita.. sebagai melengkapi hidupnya.. Allah juga telah berfirman:

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan tenteram kepadanya. Dan Dia menjadikan di anataramu rasa cinta dan kasih sayang. Sungguh yang yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir." - (Ar-Rum,30:21)

Cuma,..mungkin kini belum masanya untuk aku alami semua itu.. Hanya masa dan keadaan sahaj yang mampu menentukan segala-galanya.. Aku hanya mampu berserah dengan ketentuanNya untuk aku..tatkala ianya datang, aku akan redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka...

Tapi kini,..biarlah aku dengan dunia aku sendiri,.. keluarga tetap menjadi keutamaanku.. sebagai membalas jasa mak dan abah yang telah membesarkan aku,.. seharusnya..sebagai anak yang sulung aku bertanggungjawab untuk memikul bebanan itu walaupun aku hanya seorang anak perempuan.. Adik-adikku juga menjadi keutamaanku sebagai kakak mereka... Biarlah aku mambahagiakan mereka dahulu, sebelum aku dibahagiakan...

2 comments:

aamalinaazman said...

sy doakan selalu tabah ye...fightttooo-ooh!

Lavender Lassie Roses said...

mekaseh... :)