September 17, 2010

Kekuatan~

Tetiba arini ader orang tanya aku......
"ko tak penat ke asik keje tiap2 ari sampai takde cuti??... "
aku jawab....
"memanglah penat tp dapat senangkan hati aku..." huhuhu... tetiba terbukak plak citer lama aku....
Alhamdulillah.. setelah sekian lama aku mengalami keadaan itu..aku menjadi lebih kuat.. lebih tenang…lebih bahagia…

Kini,… setelah hampir setahun..aku bebas daripada segala2nya yg selalu menghantui fikiran dan perasaan aku..kini aku BEBAS berlari dan mengecapi apa yg aku inginkan… Aku cuba melakukan yang terbaik untuk diri aku sendiri dan keluarga… Itu yg pertama..

Syahrizan ~

Sesungguhnya mengenali kau…membuatkan aku rasa bahagia seketika… tapi tidak kini..Namun aku ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih sepanjang perkenalan kita.. kau telah banyak mengajar aku erti kehidupan..kasih sayang.. rindu..pengorbanan… kesakitan..kelukaan.. kejujuran dan banyak lagi.. Mengenali kau selama 7 tahun itu adalah sesuatu kenangan yang indah dalam hidup aku suatu ketika DAHULU dan akan aku sematkan dalam memori sebagai kenangan manis dan pahit…

Ingin sekali aku luahkan penghargaan tu buat kau secara berdepan..tp sygnya kau tu PENGECUT.. kau sebenarnya yang xmampu nak menerima hakikat.. TERIMA KASIHlah kerana layanan terakhir kau buat aku yang terlalu istimewa buat kali terakhir sehingga aku nekad utk melupakan segala2nya..bagi aku, aku bersyukur dan terima atas segalanya yang telah terjadi pada aku.. walaupun hakikatnya aku mengharapkan satu2nya insan yang pernah aku sayang sepenuh hati aku utk memulihkan aku, sygnya…dialah insan yg pertama membuang aku jauh2 dr hidupnya…

ALHAMDULILLAH… kerana penolakan dan sifat kau yang PENGECUT tulah yang membuatkan aku lebih bahagia dengan dunia aku sendiri…hati aku sudah nekad tatkala kau melakukan aku seperti itu… NEKAD MELUPAKAN KAU!..

Aku hanya berserah pada yang Maha Esa utk menentukan segala2nya… Soal jodoh aku serahkan semuanya kepada yang Maha Berkuasa..juga kedua orang tuaku.. sesungguhnya hati aku sudah tertutup rapat dan kunci nya dah aku buangkan sejauh2nya ke dasar laut…biarlah berlumut atau ditelan dek ikan Paus..huhuhu aku dah x peduli..apa yang aku tau…. Aku hanya mencari KEREDHAAN ALLAH sebaik mungkin, mencari kebahagian utk keluarga ku, masa depan keluargaku.. dan segala2nya hanya utk keluarga ku… Andai kata jodohku sudah sampai..aku akan terima walau siapa pun insan tu…

TERIMA KASIH Di ATAS KEKUATAN iTU, YA ALLAH….

No comments: