February 28, 2013

Aku Bukan Sempurna


Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb… kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku, Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu, dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…


Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat, Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

~ Amin ~ 
Sumber; http://akuislam.com/blog/renungan/tidak-meminta-yang-sempurna

SMILE

Siyes,...  
aku suke giler ngan ayat pada Cover Photo dekat mukebuku yang penah aku edit dan upload dlu...
Cer neok neh...


"SMILE! Let Everyone know that today you're a lot STRONGER than you were yesterday,.."
and,..
"She's the same girl,.. She just looks different because now,.. She wears her SMILE again,.."

It's TRUE! and ABSOLUTELY TRUE!

Aku dah dapat balik senyuman yang dah lama ilang serinya pada wajah aku.. Itu pada akulah, pada orang lain aku tak tau dan tak minat nak amek tau sebab masing-masing punya kisah dan perjalanan hidup yang tersendiri.. Bagi aku,.. cukuplah selama ne, senyuman yang terukir dibibir tu hanya untuk menyimpan segala duka dan sakit yang ada.. Yes! It's TRUE..  macam yang penah aku buat cover yang sama dulu,..


"SMILE. It might not make your problems disappear, but it will stop people from asking what's wrong with you"

Sebelum ne,.. saket ke, susah ke, senang ke, terasa ke, marah ke, ape2 ke..for sure aku still boleh tersenyum.. Sebabnya sebab tak mau orang dok tanya aku dengan macam-macam soalan... Kenapalah, macamana boleh jadi camtula,.. ape-ape jelah yang boleh buat aku lebih tertekan.. Senyuman tu hanyalah untuk menutup segala persoalan yang bakal timbul.. So, the best way... Aku tetap tersenyum walau apapon yang terjadi... Tapi hanya untuk certain partla.. Sebab aku pon manusia biasakan,.. kadangkala tewas juga dengan tekanan sendiri yang tak tertanggung kekadang tu..Tapi aku pernah baca;

~Dan tersenyumlah kamu kerana senyuman itu penawar duka, melerai kekusutan, penyejuk hati, dan menjadikan kita sebagai seorang penyabar. Tersenyum juga boleh menjadikan seseorang lebih positif dan tenang. Kuasa senyuman amat kuat untuk menjadikan persekitaran kita ceria dan bahagia.Tatkala kita tersenyum, orang di sekeliling kita turut merasa bahagia. Mereka turut gembira sebenarnya.~

Itu yang membuatkan aku akan sentiasa tersenyum walaupon banyak perkara dan masalah yang berada dalam fikiran aku.. Tak kira masa dan keadaan... Kerana bila aku senyum dengan mereka sedikit sebanyak membuatkan aku BAHAGIA ~ =)

February 24, 2013

Happy Birthday, Baby SUHA!


Tarikh semalam bersamaan 23.2.2013, merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak sedara aku yang kedua iaitu Nur Ain Nasuha Bt Suhairi.. Si comel kesayangan yang dalam gambar dengan muncong sedepa tu la gerangan besday girlnye..
 
 
Semalam, genapla Baby Suha comel berusia 1 tahun...
Walaupon mencecah usia 1 tahun smalam, ramai yang macam tak percaya sebab baby suha masih kecil dan masih bergerak dalam walker. Untuk pengetahuan semua, Baby Suha merupakan salah seorang anugerah Allah yang teristimewa buat mama dan ayahnya serta dalam keluarga kami..
 
 
Gambar di atas menunjukkan wajah kesayangan kami yang baru dilahirkan.. Baby Suha waktu dilahirkan, merupakan kanak-kanak Syndrome Down dan mempunyai keistimewaannya sendiri.. Keunikan yang tiada taranya kalau mahu dibandingkan dengan kanak-kanak lain,.. Selepas dilahirkan, Baby Suha perlu dikuarantin di wad NICU atas sebab komplikasi tertentu.. hampir 2 minggu kami sekeluarga tak berkesempatan untuk melihat wajah kesayangan beliau itu kerana faktor kesihatan, hanya mama dan ayahnya sahaja yang boleh melawat beliau.. Gambar di atas tu pon di ambil curi-curi oleh ayahnya buat tatapan kami sekeluarga.. :)
 
 
Inilah mama Suha,.. Seorang Mama muda yang kuat dan tabah untuk menerima hakikat bahawa Allah telah menganugerahkan sebuah permata yang ISTIMEWA sebagai suatu amanat yang besar untuk dijaga.. Walaupon pada mulanya, pelbagai dugaan emosi melanda.. Alhamdulillah berkat sokongan daripada orang-orang disekelilingnya membuatkan dia menjadi seorang Mama yang kuat dan tabah untuk menerima hakikat itu... :)
 
 
Alhamdulillah,... kini.. Baby Suha menjadi kesayangan dalam keluarga.. Setelah genap setahun, Si Suha Comeyl ne dah banyak bunyik.... daa...daa... ketawa pon melekek-lekek jerk.. dan yang paling xboleh tahan.. skang ne dah pandai posing bila nak amek gambor... Cer neok gambar atas tu.. Comeyl kan..?? :) Cuma yang cannot go tu,..skang ne kalau dia geram... waaaa... maen sembur-sembur plak dia.. asek dok puuh..puuhhh jerk..
 

Cer neok neh,...Baby Suha tersengih nampak gusi bila kene geletek ngan Mak Longnye!! ;) Gatai betol si kecik ne bila kene geletek... dok nampak gusi jela dengan ketawa melekek-lekek..
 
 
 Cer neok,..dia posing lagik.... :)
 
 
By the way,... Baby Suha juga ade seorang Kakak yang sangat cantik dan baik untuk menjaga adiknya bila besar nanti... Inilah dia Kakak Sara... Anak Buah kesayangan mak long yang banyak sangat cakapnye.. nak-nak bila dah start skolah neh.. dia pulak dok mengajar kiter..huhuhu ~ Kakak Sara emang sayang sagat dekat Baby Suha.. Cer neok atas tu.. Suweet kan..kan..?
 
 
Skang ne Baby Suha dah kuat dan sehat.. Walaupon minggu lepas baru je baek dari demam... cer neok tu..demam2 pon masih nak baca buku...comeyl kan... huhuhu ~
 
Apepon,... Mak Long akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Baby Suha,.. moga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk Baby Suha.. Moga beliau menjadi seorang anak yang aktif dan comel serta mampu berdikari nanti.. Menjadi seorang anak yang baik buat mama dan ayahnya... Dan akan sentiasa menjadi si comel kesayang Mak Long dunia akhirat hendaknya ~
~ Amin ~
 
MAKLONG SAYANG NUR AIN NASUHA!!!!!