August 24, 2011

Hamper NOEL dr Consultant utk aku!!

Waa..rezki..rezki...
Tadi Consultant ISO company aku datang melawat opis katanya nak jumpa aku... Bila sampai je, mak ai.. Ade 1 kotak anyaman cantek berhias bunga anggerik plak siap dengan card skali.. Dok sembang2 jap ngan Cik Cassandra tu.. pastu dia nak balik,.. katanya drop by nak bagi aku ne jerk.. Waa.. manyak silonok la...dekat kad tu tertera nama aku..huhuhu maknanya special untuk aku lah kan... Waa.. manyak silonok woo~ toce..toce yer Ms. Cassandra & ELCO MANAGEMENT! aku tau nape dia bg aku,.. untuk eratkan hubungan antara company kan..kan.. lagipun person yang slaloo liaise dengan dia untuk urusan ISO company ialah aku.. so, hala tujunya pada akulahkan..hohoho..

AWAS!! Kawasan dan Lokasi Speedtrap di PLUS, NKVE, ELITE, KESAS dan Jalan Persekutuan..

Masa tengah blog walking tadi,.. nampak 1 keyword yang berguna iaitu:

fUYOO... Nape aku tertarik??? Sebab Sabtu ne aku dah nak bertolak ke kampung bersama keluarga terchenta 2 bijik kete plak tu siap konvoi skali.. Lokasinya plak merentasi Semenanjung Malaysia yang mana aku dari Selatan menuju ke Utara tanah air.. Adoi~ Jaoh tu.. So, kat sini.. bagi mengingatkan diri agar xditangkap dalam SPEEDTRAP yang dikendalikan oleh abang2 dan pakcik2 polis.. maka berhati2lah anda dengan info dibawah ne...

PLUS Arah Utara (Dari KL):
(Aku kene Hati2 yang ne..hohoho)

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

August 23, 2011

Balik Kampong..Woowoowoo Balik kampung..

Selamat Hari Raya buat semua teman2 yang ada.....
Macamana persiapan korang untuk Syawal yang bakal menjelma ne? Hurm,.. walaupun belum buat persiapan apa2 lagi coz of GCB (Gaji cum Bonus) xmasok2 lagi..feel raya pun xbape nak okay sangat.. Bz dengan keje nak siapkan sebelum bercuti panjang..maka blog ne pun terbengkalai jawabnye.. Syian dia..

Apepun, petang ne a bit happy! sebab slip GCB tu dah dapat.. Alhamdulillah dengan rezki yang dapat... yang paling syioknye tu.. taon ne, aku akan pulang beraya di kampung halaman mak & abah.. Dah bape lama xbalik kampung beraya kat sana... Setelah 2 tahun aku xde feel nak Raya,.. Tapi,..taon ne aku bersemangat giler,.. nak buang jaoh2 semua yang menyemakkan kepala setiap kali aku sambut raya tu..dan kalini aku nak enjoy Raya sepuas2nya.. woohooo~
nak pi ziarah semua sanak sedara & jenjalan seluruh pelosok area kampong halamanku.. hohoho
Korang camne plak??? Oh yer,.. pasne aku xtaula sempat ke idak nak update blog ne.. sebab starting malam ne nak siapkan sume kue yang dah diorder kawan2 opis.. masing2 nak awal ne.. adoyai~ terpaksalah aku bersengkang mata menyiapkan kue2 tu.. xpe, janji ade yang masyukk..huhuhu

Pastu, starting sok sampai sabtu, a bit bz dengan persiapan raya bersama family aku yg xprepare papepun lagik.. Sabtu plak, aku akan gerak pulang ke kampong terchenta iaitu Aloq Setaq!.. waahh.. rindunyeerr nak tengok sawah padi sume tu... xsabo nak pulang ke tanah lekahiran aku tu walaupun aku dibesarkan kat JB ne,..tempat kelahiran aku xkan lupe tau..nak2 kampung halaman mak & abah..

Kepada kamoo2 semua.. walaupun xpernah bertemu muka,.. mungkin ader tersilap kata sepanjang aku berblogging ne.. jadi di kesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf andai ada yang pernah tersinggung dengan kata2 aku ne...doakan aku pergi dan pulang dengan selamat yer... Semoga semuanya bergembira pagi Syawal nanti..

~ Salam Aidilfitri ~

August 19, 2011

TIPU, PENIPU, MENIPU, DITIPU & Seangkatan dengannye...

I HATE LIAR!!!!

Whatever reason had been given, I still not accepting any of that because for me..
CHEATING is STILL CHEATING, oke!
Even though the major REASON is because to keep my heart...
I still would not accept it...
I would willing to accept the pain rather than being deceived!
~ That's all ~

Kad Raya...????

Erm..padanlah aku heppy sket datang keje arini..rupenye aku ade manyak keje nak buat harini..huhuh.. ade ke orang cam aku ne?? suka bila ada manyak keje?? huahuahua..
Nak tau ape yg banyak sangat keje arini ne??

A part of it of course la, meng'assist' boss aku dalam urusan chased orang untuk complete kan checklist untuk submission CFO project.. but the other side.. masa aku mintak kad raya dr Project Department untuk send dekat authorities,.. guess what?? ade sebundle kad raya xanto2 lagik kat sub-cons, consultants, etc... Pergh!! aku ape lagik, dengan volunteerism nye mengofferkan diri untuk prepared kad raya tu untuk outsiders.. So, dalam kesempatan yang sama naseb baekla Blog xkne BLOCKED walaupun kekadang BLOCKED kekadang uNBLOCKED so, sempatlah aku update entri aku kat sini beserta gambor kad2 raya yang aku ngah siapkan ne...

Selamat Pagi Jumaat !


Selamat Pagi bloggers...

Mulakan lah hari anda harini dengan senyuman, dengan harapan moga2 dijauhkan daripada anasir2 yang boleh meng'spoilt' kan hari anda..huhuhu

Pagi ne aku sampai keje awal giler.. sebelum pkul 8am aku dah sampai... Maybe sebab tu aku rasa happy kot.. huhuhu... Walau bagaimanapun, dalam ke'happy'an aku ne masih lagi terselit perasaan frustrated, sedey serta terkilan yang amat...

Kenapa ek???



Sebab... gaji aku xmasok lagikkk ler!! dengar ura-ura akan kuar 24hb.. itu pun mungkin..kalo x 25hb kot.. adoyai~ seksenye idop.. camne nak tukar wit raya utk dak2 ne..hishh.. geram tol ngan cino2 tu... makne xnye.. at least timbang rasalah sket kat orang2 yang sengkek cam aku ne..huhuhu.. masa Raya Cino awal taon dulu cepat giler gaji masok..kan ke ade diskriminasi tu kan..kan... aduhai.. syian jugak bila dengar ade yang mengeluh, mengharapkan duet gaji ne utk buat persiapan raya..hurmm..



aku plak??.. a bit frustrated jugakla sebab aku nak servis kete aku sebelum pulang ke kampung taon ne... iyo! taon ne aku dan kuarge akan berayo di kampong terchento yang dah lama xbalik... bukannye ape, sebab atok nenek kedua2 belah mak abh dah xde so, cam xde feel la nak balik kampungkan.. tapi... taon ne kitorang nekad mau pulang ke kampung terchento itu.. dimana?? hehe.. di ALOQ SETAQ noh!! cek nak balik aloq setaq taon ne yo...

Sebab tu xsabor2 nak balik ne... Insyaallah kalo xde aral melintang aku berangkat pulang ke utara tanah air pada awal pagi 28hb... aku plak dah siap amek cuti 1minguu plus..plus.. oke!! Waaa...xsabaq nye nak balik kampong..



Balik kampong...Wohoho balik kampong... hohoho balik kampung, Hati Riang! :)

testing..testing...kueh SuJi...


TADAAA..... AKHIRNYA,..JADIK JUGAK KUEH SUJI AKU NE KAN.. BERKAT DENGAN KEBOSANAN DI OPIS SIANG TADI,..TAMBAH2 OTAK SUDAH BLUURRR SEBAB KEJE XMANYAK DAN XDAPAT UPDATE BLOG, MAKA AKU DENGAN JAYANYA MENGGUNAKAN EN. GOOGLE SEPENUH MASA UNTUK MENCARI KUEH2 SIMPLE DIMPLE YANG AKU BOLEH BUAT UNTUK RAYA NE... KIRA TRY N ERROR LA YERK,.. BUAT 1 ADUNAN JE AS TRIAL.. MAKLUM LER.. XSEMUA RESEPI KAT TENET NE LEY PAKAI KAN..KAN...

SO, FINALLY,... NE KALI KE-2 SEBENARNYA AKU WAT KUEH SUJI NE MELALUI RESEPI DR TENET... YG 1ST TRIAL DLU FAIL,... TAPI YANG KALINI... HUHUHU... DENGAN BANGGANYA NAK ANNOUNCE AKU BERJAYA BUAT KUEH SUJI EVEN THOUGH XLA SESEDAP YG DIJUAL KAT PASAR ATAU BAZAAR TU YER... KIRA OKLAH BILA DENGAR MAK KATA "OKLAH AKAK, SEDAP"... HUUHUHU... PASNE BOLEHLA BUAT LAGI SECARA

RASMI UTK RAYA TAHUN NE...HUHUHUHU.... :)
OKE,.. SKANG DA SIAP PUN... MAKA DENGAN JAYANYA SAYA PERLU TDO, SBB SOK KEJE YER... KITA SAMBUNG CARIK RESEPI ESOK JELA YER...HUAHUAHUA.... SELAMAT MALAM SUME....

August 18, 2011

Yuhuu..Doodles free sempena RAYA!!

Korang nak x doodles2 yang comey2 menghiasi blog korang..?????
Tadi baru je ade sorang blogger ne Si Apit suh amek..huhuh
Korang nak?? Meh klik bawah ne..

Apit Bagi Doodle Sebagai Pengganti Duit Raya

......



Maacceehh Apit!! :)

Kebosanan ketahapan kegabanan!!!

Adoyai!!!
Kenapalah di saat2 akhir nak abes opis ahour ne baru engko nak unBLOCKED kan social networking ne!! aku dah bosan tahap gaban ne..

Disini aku mampu update entri yang amat bosan!! setelah kebosanan di opis ~

Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan kebosanan aku neh!!

..

..





..

..

..

..


..

..

..

..
Pengsan sudah!!!!

August 17, 2011

Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com

Menarik kan..kan..???
Aku penah baca pasal Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga ne dalam surat khabar je masa tu..
Kalini plak ade blogger buat GA nak bagi Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga ne..tu..yang kat atas tu gambornye.. korang nak join x?? untung sabut timbul..ngeehehe Kalo nak join jugak jom klik sini: Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Kat sini aku tagkan kepada kawan2 blogger aku yer...

~Semoga Berjaya~

Segumpal Awan jatuh ke Bumi!!

Tadi masa rehat,... aku jalan2 search kat internet..tiba2 aku terjumpa satu keajaiban yang telah berlaku yang mana 'Segumpal Awan telah jatuh menyembah bumi di kawasan padang pasir UAE,... sama ada ianya betul ataupun tidak... ianya tidak mustahil dengan kebesaran Allah..
Awan yang jatuh ini kelihatan seperti kapas,.. Subhanallah,.. lelaki Arab itu berkesempatan memegang awan yang jatuh itu....

Allah SWT telah berfirman:
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu."
(Fussilat 41:53)

Marilah kita sama-sama lihat video yang telah dirakam oleh salah seorang penduduk di kawasan yang berdekatan dengan tempat kejadian yang kebetulan lalu di situ...
Allahuakbar!


Walau bagaimanapun,...
Kesahihan video ini masih belum terjawab... ape pendapat korang tentang video ne..??
Sejenak, tanyalah hati dan kewarasan fikiran kita dengan kebesaran-Nya sesungguhnya bagi-nya tidak akan ada yang mustahil...

150 jek,..Perlu ke Ko nak Bangga??

Erm,... ape yang 150 ek??
Cube korang tengok bawah ne....
..


..


..


..



..


..


..


..

huahuahua... follower aku dah 150 seyh..!
It's means that..... that... entahlah.....
kalau ade blogger yang followernye ribu riban baca ne sure terlintas kat hati diorag,..
'ye eleh minah ne! baru 150 dah nak kecoh2 ek...'
Hati aku balas pe,...
'suke ati aku la ek,.. blog aku! hahahaha..' --> jahatnye aku!!

Terima kaseh kepada mereka yang memfollow aku sampai jumlah follower aku ne mencecah ke angka ratusan ne.. aku tau, jumlah ne start meningkat bila aku join segmen2 yang membuatkan blogger2 datang singgah dan follow blog aku atas suggestion owner2 segmen.. Tapi agak sedey jugelahkan,.. kalau follower ramai tapi yang membacanya agak ciput je atau erti kata lain.. 'xde pun sebenarnya yang nak baca entri ko ne mek!'...huhu ..tragis kan... tapi xpelah, think +ve.. sebab blogger2 mempunyai hak masing2 untuk membaca atau pun xkan..lagipun blog aku ne xla berapa nak menarik sangat, since aku pun mengupdate xla sekerap mana kalo nak dibandingkan mereka2 itu.. tapi honestly aku enjoy dengan blog2 mereka semua..

Blogging adalah 1 aktiviti aku bila aku berkesempatan nak share something, melepaskan something, meluahkan something... Aku try nak update selalu,.. memang kalo tengok dr post tab aku kat tepi tu.. peningkatan entri aku dalam sebulan pun agak oklah jugak.. (bagi aku lahkan..) apepun, aku rasa berblogging ne 1 aktiviti yang interesting dan aku enjoy dengannya..tapi kadang2, ke'blurr'an idea, masa dan kesempatan menghalang aku nak buat aktiviti ne.. kekadang mungkin orang pun bosan... sape tau kan...

Apepun,..pada korang2 semua yang aktif berblogging...
~Selamat berblogging yo!~

Mungkin belum Rezki aku..

Errm,.. semalam masa balik umah mak kata ade surat untuk aku..
Sebenarnya bulan lepas aku ade dapat 1 panggilan interbiu kat 1 Company ne.. aku memang nak sangat keje kat situ.. tertunggu-tunggu jugak jawapannya bila nak kuar,.. tapi rasa dah lama sangat jadik xdelah letak harapan papepun dah.. So, aku tawakal ajelah, dah REDHA dah.. Dalam hati terdetik, 'mungkin ini bukan rezki aku..'

Penantian tu akhirnya berakhir semalam, bila aku tengok surat yang sampai tu letterheadnye adalah letterhead company yang aku interbiu tu ari.. For sure la aku xdapatkan, sebab kalo dah dapat dia xkan anta surat tapi terus call je.. Kalau ikutkan, a bit frustrated tu tetap adala dalam hati,.. tapi ditangkas dengan pemikiran yang +ve which is aku kene yakin yang Allah akan tentukan yang terbaik buat aku dan juga hamba sahaya-Nya...

So, dengan hati yang tenang dan maleh mau pikir pasal yang dah lepas tu..aku akan meneruskan kerja aku kat sini dengan dedikasi dan semangat yang tinggi... Lagipun, tengah bulan lepas aku baru dapat naek gaji dr Big bos of the company starting bulan ne.. Jadi,.. aku rasa semuanya ada hikmahnye... Walaupun aku xdapat kerja di tempat yang aku nak tu, at least tuhan bagi aku rezki lebih kat tempat aku keje sekarang ne.. xde pape yang kurang pun.. Mungkin Allah nak duga semangat dan ketabahan aku kat company sekarang ne.. aku rasa aku perlu buat yang terbaik dan rezki ade je kat mane2 kan...

Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu:
"Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani."
[Al-Anfaal:70]

August 16, 2011

Wanita Cantik yang suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti"


Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.


Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu,...

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya 'tempat dimana cinta itu ada.'


Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Kisah Israk& Mikraj..

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)

"Surat Dari Seorang Abang Untuk Seorang Adik"

Sekadar ingin berkongsi..mungkin ada yang dah baca. Tersentuh membacanya..Berjuraian airmataku ini gugur. Kasih seorang abang terhadap adiknya.. Hmm hargai apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya.. Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm.. ;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersihkan rumah usang tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

.......................................

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tibe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap, ..

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang”

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku. Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

................................

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat.. Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat.. Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

....................................

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

.....................................

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..

Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku


Sumber : Media Jer!"Surat untuk Abang dar Adik..

August 14, 2011

"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.."

Perkongsian sebuah kisah yang menyayat hati aku diBulan Ramadhan ini...

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.


13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"


Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"


Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?


Mak jawab, "Balai bomba!"


Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.


Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.


Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"


Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.


"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.


Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.


Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.


"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.


"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.


7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.


Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."


Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.


Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.


Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.


"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"


Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.


"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.


"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.


Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.


Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"


Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.


"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.


"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.


"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."


Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...


Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.


Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"


Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.


Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.


Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


Sumber : iLuvIslam.com - "Abang, Tunggu Mak Di Syurga ya.."