

Daaa….~
"Kedamaian jiwa seseorang terletak pada kebijaksanaannya dalam menghadapi berbagai persoalan hidup."
Ermm... Seronok je bila dengar rakan2 serta sahabat baek sendiri udah bahagia membina mahligai bersama insan terchenta... Tatkala inilah hati aku begitu sayu mengenangkan naseb aku... Jika tidak, mungkin kini aku udah bergelar tunangan mahupun seorang isteri yang sah utk org yang aku sayangi... Menjalani hidup bersamanya setiap hari....
Tapi itu semua 'jika'... Kerana hakikatnya x seperti yang dijangka... Walaubagaimanapun,...aku tumpang gembira dan bahagia melihat teman2 aku bahagia bersama insan yg dicinta...
Masih ingat lagi aku,... Sewaktu dlu, dizaman belajar serta dikampus... Aku masih setia walaupun berjauhan...3tahun semuanya berlalu dengan penuh suka duka antara aku dan dia...insan yang pernah aku sayangi suatu ketika dlu...
Kini,.aku masih xpasti adakah sayang itu wujud atau tidak... Cuma,... Kenyataan yang pernah dikeluarkan beliau waktu itu,... Yang ingin pulang terus ke pangkuan aku di tanah JB ini,.. Serta ingin mengikat aku dengan sebuah ikatan... Membuatkan aku cukup2 terkilan..kerana tika itu... Aku tak mampu utk bersuara ...
Kerana si setan itulah segalanya musnah...kerana si setan itu jugalah, kesetiaan aku bersama si dia yang amat2 aku sayangi hancur... Tatkala si dia meluahkan hasratnya itu,... Aku agak terkedu... Demi ALLAH, hatiku tatkala itu amat terharu dengan hasratmu...tapi sayangnya aku xmampu untuk luahkan kerana si manusia yang bertopengkan syaitan itu telah menghasut fikiranku... Hanya allah sahaja yang tahu bagaimanakah perasaan aku tatkala itu... Mau saja aku laungkan pd alam yang aku teramat bahagia mendengar niatmu itu...
Tapi sayangnya..... Segala2nya musnah dan hancur berkecai kerana manusia yang tak berperikemanusiaan yang tika ini masih belum mampu untuk aku maafkan.... Kebenciaan amat menebal dlm diri utk si setan yang merosakkan perjalanan hidup aku yang septutnya aku kini bahagia di samping org yg aku cinta....
Hingga kini,....
Aku tak mampu berbuat apa2... Si setan sudah pergi jaoh2 dr hidup aku... Insan yang aku sayangi dan cintai pula sudah menjaohkan diri serta membuang aku dr hidupnya... Sehingga wajah aku pun mungkin teramat hina dimatanya... Atas alasan aku menduakannya... Sedangkan hakikatnya... Hanya ALLAH yg tahu bahawa aku xpernah sesekali menduakannya... Biarpun tatkala aku di dlm kebuntuan ada seseorang yg cuba bermain dengan hatiku, aku masih setia padamu...
Kerana hatiku hanya ada 1,...dan 1 itu jugalah telah aku serahkannya padamu......
Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".
Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.
Oh,remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.
Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!
Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.
Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.