Harini aku nampak kat wall kawan lama aku tu.. dia wrote something yg buat aku macam nak hangen jerk~ Terasa?? mungkin...tp hingga kini aku belum mampu untuk terima segala apa yang berlaku antara aku dengan dia...Tapi bila aku baca ayat ne kat wall dia.....
"sukar di tafsir....suke cabaran..benci Hipokrit...cite lame dh mati..xmahu mengenali org yg penh dikenali...lupuskan, matikan,hapuskan(manusia) makhluk yg menyerupai syaiton dan iblis.."
perghhh!!..statement tu macam utk aku jerk~..tetiba aku jd macam benci tahap gaban kepada seorang Hamba allah ne... dulu dia pernah menjadi sahabat baik aku... susah senang aku tetap akan bersama dia walaupun kawan2 aku yg lain siap sindir aku, yg mampu tahan dengan perangai 'gedik' dia tu...sebab sayang seorang kawan aku lakukan yang terbaik untuk dia....
tapi sayangnya...
lepas kejadian hitam tu berlaku... aku tak mampu nak bersemuka dengan dia..bukan sebab aku rasa bersalah..tp kerana maruah aku yang dia sendiri hina..sedangkan aku xpernah mengungkit walau pun sedikit....aku amat2 terluka dengan apa yang dah berlaku..sebab dia libatkan keluarga aku... paling aku benci..bila sesuatu perkara kau kaitkan nama keluarga aku... aku dah maafkan kau atas segala2nya tp untuk terima semula kau sebagai sahabat aku..aku minta maaf,... sebab aku tak mampu lagi..... tak mampu berhadapan dengan manusia hipokrit macam kau...
aku tau,..kau punya keistimewaan yang berlebihan daripada aku.. sebab tu kau takkan sedar kesilapan yang telah kau buat sehingga melukakan hati orang tua aku ...kau boleh lukakan hati aku tp jgn sesekali hati kedua orang tuaku kau sakitkan.... bersyukurlah aku tidak pernah mengungkit segala2nya bg menjaga maruah kau sebagai seorang sahabat...
Aku tak mampu nak buat apa2 lagi dengan persahabatan kita...kau pernah katakan yang aku adalah sahabatmu dunia akhirat..tp aku rasa kau silap... keadaan tu telah berubah kini... kau berhak utk meneruskan perjalanan hidup kau tanpa aku sebagai seorang sahabatmu... dan aku rasa kau kini lebih bahagia atas segala2nya yang telah kau miliki sekarang... aku berbangga atas kejayaan tu... tp sesungguhnya ingatlah wahai temanku......
Hati yang terluka walaupun sudah sembuh masih tetap akan meninggalkan parutnya... begitu juga dengan luka yang kau calitkan pada aku dan insan2 yang aku sayang.... Jadi maafkanlah aku kerana tidak akan menjadi sahabat baikmu.. Aku hanya akan berdoa dari jauh semoga kau akan sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa serta berjaya dan berbahagia dengan perjalanan hidupmu kini..
Amin ~